Kiraan May24

Kongsi

Kiraan

Body Mass Index (BMI)

Kiraan Body Mass Index atau BMI boleh dijadikan rujukan untuk sekumpulan orang, lelaki dan perempuan. BMI tidak boleh digunakan untuk individu yang lebih otot, yang terlibat dalam latihan bebanan, perempuan mengandung, kanak-kanak dan orang tua kerana kualiti otot dan tulang berlainan.

NASC 2015

Basal Metabolic Rate (BMR)

Basal Metabolic Rate atau BMR atau berkaitan rapat dengan Resting Metabolic Rate atau RMR adalah jumlah tenaga harian yang dikeluarkan oleh seseorang pada masa rehat. Istirehat termasuk pelepasan tenaga yang cukup untuk menjalankan fungsi asas badan termasuk fungsi organ vital, jantung, paru-paru, sistem saraf, ginjal, hati, usus, organ seks, otot dan kulit. BMR adalah kadar minimum kalori yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian termasuk tidur, bernafas dan sebagainya.

Beberapa Faktor Yang Mempengaruhi BMR

1. Genetik – Lelaki mempunyai otot yang lebih besar dan peratusan lemak yang lebih rendah. Ini bermakna mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi.
2. Umur – BMR mengurang dengan usia sekitar 2 peratus setiap 10 tahun peningkatan.
3. Berat – Semakin berat, semakin tinggi BMR.
4. Luas Permukaan Badan – Semakin besar badan, semakin tinggi BMR.
5. Peratus Lemak – Semakin rendah peratusan lemak, semakin tinggi BMR.
6. Diet – Kelaparan atau pengurangan kalori secara tiba-tiba secara dramatik boleh mengurangkan BMR sehingga 30 peratus. Diet rendah kalori menyebabkan BMR turun sebanyak 20 peratus.
7. Suhu Badan – Untuk kenaikan 0.5C suhu dalaman badan, BMR meningkatkan sekitar 7 peratus. Reaksi kimi berlaku lebih cepat pada suhu yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pesakit yang demam dengan suhu 42C akan mengalami peningkatan sekitar 50 peratus BMR.
8. Suhu Luaran – Pendedahan kepada suhu sejuk menyebabkan peningkatan BMR kerana badan perlu mengekalkan suhu dalaman badan.
9. Kelenjar Tiroidsin – Semakin tinggi tiroidsin dihasilkan, semakin tinggi BMR. Jika terlalu banyak tiroidsin dihasilkan, keadaan dikenali sebagai tirotoksikosis, BMR boleh jadi berganda. Jika terlalu sikit tiroidsin dihasilkan, myxoedema, BMR boleh menyusut sekitar 30 hingga 40 peratus daripada biasa. Seperti tiroidsin, adrenalin juga meningkatkan BMR tetapi untuk tahap yang lebih rendah.
10. Latihan – Latihan fizikal membantu meningkatkan BMR  dengan membina rangkaian otot.

Cara Kiraan

Lelaki = 66 + (13.7 X berat dalam kilogram) + (5 X tinggi dalam cm) – (6.8 X umur)
Perempuan = 655 + (9.6 X berat dalam kilogram) + (1.8 X tinggi dalam cm) – (4.7 X umur)

Mengira keperluan mengikut aktiviti

Orang biasa = BMR X 1.2 (sedikit atau tiada senaman, kerja pejabat)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)

Peratus Lemak

Ada banyak cara untuk mengukur peratus lemak. Antaranya dengan menggunakan kaliper, mesin mengukur lemak dan sebagainya. Mesin mengukur lemak menjadi kurang tepat jika kandungan garam didalam badan sedang kurang, kebiasanya ketika diet.

Mesin kiraan lemak

Cara Kiraaan Peratus Lemak

(cara ini mungkin ada 3 % kesilapan margin, menggunakan kaliper lebih baik, mengukur peratus lemak lebih baik daripada mengukur BMI)

Kaliper

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini