Kongsi

Kisah Kejayaan: Bob Harun

Kisah Bob bermula tahun 2009. Ketika itu dia berusia 43 tahun. Beliau sentiasa mendengar kata-kata berbunyi, “hidup bermula pada usia 40”, yang padanya membawa maksud, mula gemuk, lemah, perlahan dan kurang menarik. Tak terlintas pada fikirannya, untuk menimbang berat badan, seperti kebanyakan orang. Apabila meningkat usia, tak peduli lagi tentang rupa, berat dan sebagainya. Ketika itu, beratnya mencecah 95 kg dengan pinggang 40 inci.

Bob didiagnos dengan tekanan darah tinggi pada awal tahun 2010 dengan bacaan 190/110 dan diabetis dengan paras gula 9. Ketika itu terasa diri sangat teruk. Boleh tumbang bila-bila masa. Bob menyalahkan keluarga atau genetik kerana majoriti keluarganya pengidap hypertension dan diabetes.

Bob Harun Turun Berat Badan

Perjalanan mengubah diri bermula pada pertengahan 2010, pada usia 44 tahun. Bob mula bermain squash dengan rakan sekerja dan mula joging di taman. Pada bulan Oktober 2010, beliau mengambil keputusan sertai gim berdekatan dan mula melakukan latihan bebanan dan kardio. Bagi beliau, paling sukar adalah tempoh pemulihan yang lama. Beliau mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk pulih daripada 1 senaman yang berkualiti. Padanya, mungkin disebabkan usia.

Percubaan pertama ke gim ini hanya bertahan untuk tempoh 2 bulan. Sebulan kemudian, Bob cuba lagi tapi di gim lain. Kali ini bertahan untuk tempoh 3 bulan. Selepas 2 kali percubaan, beliau dapat rasanya mungkin kaedahnya latihannya tidak sesuai. Kekurangan ilmu menyebabkan sesuautu usaha menurunkan berat badan tidak berkesan. Beliau mula membaca melalui internet. Pelbagai blog dan medan ilmu ditelaah.

NASC 2015

Pada pertengahan 2011, Bob sertai 1 gim komersil bersama dengan isterinya. Kelainan kali ini adalah, beliau sertai dengan ilmu. Isterinya jadi rakan latihannya menambah motivasi untuk dirinya. Beliau mula buat latihan High Intensity Interval Training atau HITT yang mana kini merupakan latihan kegemarannya. Dalam tempoh hampir setahun, beliau berjaya turunkan 20kg berat badan dan pinggang 6 inci. Beliau juga berjaya turunkan tekanan darah dan paras gula dalam darahnya.

Kini beliau berusia 49 tahun (2015) dengan berat badan 76kg. Pada Bob, semua ini terjadi disebabkan “Keinginan untuk berubah”

Fitness Philosophy – “Right Exercise & Right Eating”

Bob Harun merupakan pengasas Boot Camp Fitness@40. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan disini.

Bob Harun Berjaya turunkan berat

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini