Kongsi

Kisah Kejayaan: Diane Sera

Diane Sera? Pelik namanya. Katanya ada pelbagai jenis kacukan, daripada 63 negara. Diane Sera berjaya kurangkan berat badan daripada 75 kg ke 52 kg dalam masa sekitar 10 bulan. Ketinggiannya hanya 156cm, jadi dapat dibayangkan berat 75 kg dengan tinggi begitu. Diane pernah mencuba pelbagai cara untuk kuruskan badan. Dia pernah ke somalia, mencuba cara pemakanan orang somalia. Dia pernah cuba pelbagai jenis pil ajaib yang mana akhirnya menyebabkan badannya seperti yo-yo. Naik turun naik turun.

Kursus Kecergasan 2017Akhirnya tahun lepas, Diane bertekad untu kuruskan badan dengan cara yang betul, pemakanan yang betul, dan senaman yang betul. Dia pernah dikutuk, diperli, diperlekeh dan sebagainya sebelum ini, tetapi dia teruskan. Dengan sikap pantang dicabar, dia terbakar dan cuba buktikan yang dia boleh buat.

Diane dilahirkan dalam keluarga yang menikmati makanan. Kerjanya makan, makan dan makan. Dia pernah dimasukkan ke ICU kerana sakit disebabkan masalah obesiti. Bayangkan seorang yang begini mampu melakukannya. Anda bagaimana? Adakah anda dilahirkan untuk gagal? Adakah anda tidak mampu melakukannya?

Bulan lepas

Bagaimana saya mengenali Diane Sera? Saya pernah terbaca pasal dia di satu laman sebelum ini. Kemudian dia add saya di facebook. Maka bermula perkenalan kami. Baru-baru ini saya mencabarnya untuk kelihatan seperti fitness model dalam masa 3 bulan. Diane berasa tercabar dan ingin membuktikan, dia mampu melakukannya.

‘Hey, i like this girl. Her spirit so unbelievable’

Tetapi adakah dia mampu melakukannya? Lawati blognya untuk mengikuti perkembangan proses menjadi fitness model nya. Cuma satu saya pening dengan blognya, ada lagu. 😀

http://dianesera.blogspot.com/

Nota: ‘Will you be my girl?’

Terkini

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube