Kisah Kejayaan: Diane Sera

Perkahwinan Zaki Khan dan Diane Sera

Diane Sera? Pelik namanya. Katanya ada pelbagai jenis kacukan, daripada 63 negara. Diane Sera berjaya kurangkan berat badan daripada 75 kg ke 52 kg dalam masa sekitar 10 bulan. Ketinggiannya hanya 156cm, jadi dapat dibayangkan berat 75 kg dengan tinggi begitu. Diane pernah mencuba pelbagai cara untuk kuruskan badan. Dia pernah ke somalia, mencuba cara pemakanan orang somalia. Dia pernah cuba pelbagai jenis pil ajaib yang mana akhirnya menyebabkan badannya seperti yo-yo. Naik turun naik turun.

Kursus Kecergasan 2024Akhirnya tahun lepas, Diane bertekad untu kuruskan badan dengan cara yang betul, pemakanan yang betul, dan senaman yang betul. Dia pernah dikutuk, diperli, diperlekeh dan sebagainya sebelum ini, tetapi dia teruskan. Dengan sikap pantang dicabar, dia terbakar dan cuba buktikan yang dia boleh buat.

Diane dilahirkan dalam keluarga yang menikmati makanan. Kerjanya makan, makan dan makan. Dia pernah dimasukkan ke ICU kerana sakit disebabkan masalah obesiti. Bayangkan seorang yang begini mampu melakukannya. Anda bagaimana? Adakah anda dilahirkan untuk gagal? Adakah anda tidak mampu melakukannya?

Bulan lepas

Bagaimana saya mengenali Diane Sera? Saya pernah terbaca pasal dia di satu laman sebelum ini. Kemudian dia add saya di facebook. Maka bermula perkenalan kami. Baru-baru ini saya mencabarnya untuk kelihatan seperti fitness model dalam masa 3 bulan. Diane berasa tercabar dan ingin membuktikan, dia mampu melakukannya.

‘Hey, i like this girl. Her spirit so unbelievable’

Tetapi adakah dia mampu melakukannya? Lawati blognya untuk mengikuti perkembangan proses menjadi fitness model nya. Cuma satu saya pening dengan blognya, ada lagu. 😀

http://dianesera.blogspot.com/

Nota: ‘Will you be my girl?’

Terkini

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

37 thoughts on “Kisah Kejayaan: Diane Sera

  1. wow, proposal direct? dasyatt.. huhu

      1. hahaha… kipidap dato…!!! =)

  2. Respect Level: Over 9000!!!!!!!!

  3. haha..memang pening bila bukak blog diane. daku tak reti nak switch off lagunya maka tiap kali nak bukak blog dia memang kena prepare off speaker dulu. jiwa hip hop sangat budak ni. ps, so sweet nota terakhir~

      1. adam hawa says:

        blog dia cita pasal dia nk kurus jek ek dato? kih3.. semangat sokmo

  4. dato’..sy pn nk interprame..sy pn da kurus jgkkkk!!!! hee…;p
    xnk cter psl sy ke dato’?

      1. adam hawa says:

        dato kalau dari kurus ke badan fit dpt masuk website dato x? hihihi

  5. Cayalah dato! ini baru anak jantan,namanya..

  6. respect both of u….diane n dato zaki too….hehehhehehh

  7. caya la,, menjadi inspirasi kepada mereka yang nk kurus n badan cantik mengikut jalan yg lurus,, hehe,, dato’ lps nie tunjuk la plak contoh orang yg kurus mejadi sasa,, 🙂

  8. wa betul betul tabik sama lu minah…good job

  9. AbanGadang says:

    dato, taknak buat kisah kejayaan untuk saya gak ke?hehe 🙂

  10. aslmkm dato.ade mslh ni dato.bdn da ade cuting tp tak cukop berisi.nmpk mcm pelik.komen dato?

  11. arigho sachi says:

    waaa respect sama lu dato!!!!!!!!!

  12. dato bleh share meal plan clean diet x?

  13. mr.prihatin says:

    Dh slim dh cantik….smua llaki nk kan…dulu mse gemok spe pn xpndang…beauty sometimes can be ur curse gurl…beware ok..pape pn congrate sbb dh brjaya n keep up ur gud works k!!!p/s…jgn biar dri anda dicucuk2 llaki sbb nt bley gemok blk…hahaha

    1. adam hawa says:

      slim utk sihat.. untuk cantik no.2 .kih3 kesian sis ni masuk icu sebab obesiti.. huhu

  14. Baju ketat says:

    Askm dato,
    Sya nk mgucap trima ksh atas panduan2 dlm blog dato ni.byk yg mmbntu sya.dlu sya berat 40kg tggi 165cm,lpas sya ikt panduan pmkanan n latihan dato.berat saya naik shgga 80kg..n sbub panduan dato jgk sya brjaya mmgi prtandingan bina bdan dpenang baru2 ni.tq dato..
    Arap dato truskan lg 🙂

    1. wslm.
      tahniah. sapa ni yer? ada gambar? mungkin boleh dipamerkan di blog ini

  15. mohd zaki says:

    Salam dato. heehe sori, sy tak tau nak bertanya diruangan mana, jadi saya selit je diruangan ni.

    dimana boleh saya belajar berkenaan fitness, weight loss, training, nutrition etc2..kene amik course dari KKM ke atau ada mana2 private agensi yg menawarkan certificate ni dato.

    bukan apa, saya berminat nak amik tau berkenaan kesihatan, kecergasan dll, nak belajar untuk diri sendiri disamping mana tau, satu hari nanti saya berubah bidang kerjaya..jdk personal trainer ke 🙂 !!

    1. kalau berkesempatan, jom sertai Career Talk sebagai trainer di Setia Alam, 20 April ni, 10am-1pm. FREE je.

      Salam dan Selamat Sejahtera.
      Alamat Career Talk:
      National Association of Fitness Instructor,
      No.58-3, Jalan Setia Prima (S) U13/S, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.
      No untuk dihubungi: 017 3999 125
      Pendaftaran 9.30 pagi – 10.00 pagi.
      Jumpa anda disana.

      1. mohd zaki says:

        uish! esok la ni. Ok dato, tq.

Leave a Reply to mohd zaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: