Kongsi

Kisah Kejayaan: Hafiz Ibrahim aka Jai

Mohd Hafiz atau dikenali juga dengan nama Jai berusia 27 tahun. 3 tahun lepas, berat beliau mencecah 122kg dengan ukur lilit pinggang 44 inci. Penambahan berat badannya adalah disebabkan tidak merasakan keperluan untuk mengawal selera makan. Setiap kali makan, nasi 2 pinggan penuh dan makan lewat malam dah jadi kebiasaan. Fast food ketika itu jadi amalam setiap minggu. Walaupun sukar mencari saiz baju dan seluar di samping selalu menjadi bahan ketawa di kalangan rakan-rakan, niat untuk mengurangkan berat badan tidak timbul.

Sehinggalah tahun 2011, timbul kesedaran untuk mengurangkan berat badan. Perasaan rendah diri dan juga cemburi melihat orang lain boleh bergaya, menyebabkan beliau ambil keputusan memulakan. Bermula dengan bermain bola sepak di padang setiap petang, tidak dinafikan timbul rasa putus asa apabila berasa sukarnya untuk berlari ketika itu. Dengan dorongan orang yang tersayang, beiau teruskan juga aktiviti itu di samping mengawal pemakanan.

NASC 2015

Beliau mengurangkan nasi dan menggantikan dengan makanan lain seperti oat. Tiada lagi pengambilan air gula seperti minuman gas dan juga fast food. Setelah beberapa bulan, orang lain mula perasan perubahan beliau dan ini menambahkan lagi semangatnya untuk teruskan. Setiap petang, seblum bermain bola, beliau berlari keliling padang 7 kali. Selepas setahun, beliau berjaya turunkan berat sehingga 77 kg dengan saiz pinggang 36 inci. Berjaya menurunkan berat badan sesuatu yang mengembirakan akan tetapi masih ramai persoalkan. Ramai menganggap beliau kena kencing manis menyebabkan beratnya jatuh. Walaupun terima pelbagai kritikan, beliau tidak berputus asa. Beliau mula bersenam di gym. Dalam tempoh 2 tahun, beliau mencapai berat badan 83 kg dengan pinggang saiz 32 inci.

Mohd Hafiz: Masih banyak lagi yang saya perlu dilakukan dan untuk sesiapa di luar sana yang berniat untuk mengurangkan badan, ianya tidak mustahil. Dengan keazaman yang ada, semuanya boleh dicapai.

Sebarang pertanyaan mengenai diet dan latihannya, boleh diutarakan di ruang persoalan di bawah dan akan dijawab oleh Mohd Hafiz atau lebih dikenali sebagai Mat Puaka di facebook.

Jai Hafiz Ibrahim

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini