Kisah Kejayaan: Nik Mohd Fadhil

Nik Mohd Fadhil, anak kelahiran Selangor tidak pernah berada dalam kategori kurus. Sejak kecil dia berada dalam lingkungan obesiti. Nik menyambung pelajaran dalam bidang automotif dan kehidupan di kolej agak tidak teratur menyebabkan beratnya semakin bertambah sehingga mencecah 90kg pada tahun 2011. Hidupnya mula berubah apabila memulakan kerjaya di Body Express Fitness Center yang kini dikenali dengan nama Pure Gym pada 13 September 2011. Nik mula menjaga pemakanan dan berlatih dengan berat badan 90kg.

Pada minggu kedua Februari 2012, Nik telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19kg. Nik mula menambah saiz otot kembali dan berjaya mencecah 83kg pada bulan Julai 2012 dan kini dalam proses memotong kembali ke 77kg iaitu lebih besar dan solid daripada dalam gambar dibawah. Kenapa Nik boleh tergerak hati untuk membina badan? Nik menjawab, tiada sebab yang kukuh sebenarnya. Dia cuma ingin merasa memiliki tubuh badan cantik dan sihat. “Saya nak berasa selesa memakai semua jenis pakaian. Agak susah untuk memulakan gaya hidup begini, tetapi apabila saya mula, saya tidak boleh berhenti“.

Kursus Kecergasan 2024Chapter 423.4

Apakah rahsia yang boleh dikongsi daripada pemakanan, makanan tambahan dan latihan?

Saya mulakan sarapan saya dengan minum satu sudu minyak zaitun, satu ayam kukus bahagian dada dan sebiji buah kiwi. Selepas 3 jam, saya akan makan 2 biji kentang, ayam bahagian dada dan beberapa broccoli rebus. Menu seterusnya selepas 4 jam, 3 biji telur putih rebus, natural yogurt dan sedikit nasi. Pada waktu malam, saya akan makan 3 biji putih telur rebus, natural yogurt, broccoli dan ayam kukus bahagian dada. Pada 3 bulan pertama, saya tidak ada cheat day. Hanya ada cheat meal setiap hari sabtu pada waktu makan tengahari. Bulan pertama, saya tidak menggunakan apa-apa supplement. Saya mula menggunakan supplement pada bulan kedua dengan mengunaakan animal cuts sebagai fat burner, dan protein nitrotech.

Cara latihan pula, saya mulakan dengan warm up dan strecthing. Kemudian saya mulakan latihan high intensity training menggunakan kettlebell dan berat badan selama 20 minit. Selesai 20 minit, saya mengayuh basikal untuk 30 minit dan memulakan latihan rutin drop set. Saya membahagikan latihan kepada 4 jenis bahagian otot iaitu hari pertama chest dan triceps, hari kedua back dan biceps, hari ketiga shoulder dan traps, dan hari keempat kaki dan perut. Apabila masuk tahun baru 2013, saya lebihkan kepada latihan crossfit“.

Apa nasihat kepada mereka yang baru bermula membina otot?

Kepada mereka yang baru bermula, teruskan usaha mendapatkan badan yang anda mahukan. Jangan give-up. Jaga pemakanan anda. Jauhkan diri daripada makanan yang di proses“.

Chapter 423.1

 

Nama: Nik Mohd Fadhil
Umur: 22 tahun
Tinggi: 169cm
Berat: 77kg
Jenis Latihan: Crossfit dan Bina Badan
Status: Single. Seorang yang normal dan menyukai perempuan
Snack Kegemaran: Peanut Butter
Tempat Latihan: Pure Gym, Subang

Boleh ikuti Nik Mohd Fadhil di Instagram atas nama nik mohd fadhil.
Temui Nik di Pure Gym Subang Avenue!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

25 thoughts on “Kisah Kejayaan: Nik Mohd Fadhil

  1. Jom cuba dan belajar tentang crossfit secara PERCUMA pada 3hb Februari 2013. Ahad bermula 2pm di Pure Gym Subang Avenue. Latihan akan diteruskan secara PERCUMA juga setiap hari Ahad. Sertai juga crossfit challenge dan strongman challenge. Ada hadiah kecil disediakan. Latihan PERCUMA, rasai myeggwhite PERCUMA, minuman PERCUMA.

    1. crossfit tu mende?? maaf xtau langsung xda maklumat ttg crossfit… nk pegi tp jauh dan xtau jalan…

      1. boleh naik komuter, berhenti di Subang Jaya. Subang Avenue berada di hadapan sahaja. crossfit adalah latihan tersingkat utk fit, burn fat, bulk, speed, strength dll.

    2. camne nk join crossfit ni> walk-in je blh? kn register ape2 ke?

      1. kalau nak try, boleh ke Subang Avenue ahad ni 17.2 secara percuma.

  2. bajet pemakanan sume brape ye sbln?(x campur protien or fat burner)

    1. AzmanTroll says:

      hahah apa kelakar sangat hang ni din?

  3. syabas fadhil…yg penting natural.-

  4. Status: Single. Seorang yang normal dan menyukai perempuan

  5. salamm…boleh bagitauu bagaimana nak susun jadual untuk gym???

  6. saya ada satu je soalan. macamana dia berjaya turunkan berat badan tanpa ada any kulit menggelebeh? adakah sebab badannya mmg dari asal tak simpan byk lemak tapi lemak cuma byk berkumpul di bahagian muka (pipi, leher). sebab kalau saya tgk the biggest loser, majoriti yg kurus tetap akan ada kulit menggelebeh terutama di perut dan lengan. tapi mamat ni perut dia cantik six pax siap nampak adonis belt lg.

    1. the biggest loser defisit kalori terlalu byk. x sepadan dgn aktiviti dibuat.

  7. salam dato’… apa fungsi sbnar minyak zaitun?

  8. hi dato dimana sy boleh dpt animal cut fat burner?

  9. haih… ble aku nak dpt body mcm bro ni? hmm…

    1. maksud aku nak jd body mcm bro ni…

  10. hai dato’. dah berapa lama brader ni workout? sejak umur berapa? mohon balas

Leave a Reply to ezan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: