Kongsi

Kisah Kejayaan: Safhiful Rabbi aka Bacok

Safhiful Rabbi atau lebih dikenali sebagai Bacok, mula dapat kesedaran tentang keperluan menurunkan berat badan pada bulan Oktober 2013. Beliau telah menjalani ujian kesihatan dan mendapati paras kolestrol tinggi di samping berat badan mencecah 116kg, serta kandungan gula dalam darah yang membimbangkan. Pihak doktor menyarankan beliau mula menjaga kesihatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

 

NASC 2015

Tindakan yang diambil oleh beliau ialah mendaftar nama di gimnasium dan membuat rujukan info kesihatan di laman blog zakikhan.net. Selepas 2 bulan menjalani latihan yang kondusif di gimnasium dan merujuk kepada info berkesan di zakikhan.net, beliau berjaya menurunkan berat badan kepada 82kg di samping berjaya menurunkan bacaan kolestrol dan gula. Kini, beliau terus mengamalkan cara hidup sihat dan telahpun mengikuti kursus Fitness Instructor di bawah kelolaan Zaki Khan. Apa yang ingin disampaikan oleh beliau ialah supaya semua individu di luar sana sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang sihat, betul dan berkesan sebelum terlambat. Percayalah, kesihatan adalah satu nikmat paling berharga yang dianugerahkan Allah swt, hargainya.Sebarang pertanyaan mengenai diet dan latihannya, boleh diutarakan di ruang persoalan di bawah dan akan dijawab oleh Bacok.

 

Kisah Kejayaan - Bacok 2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini