KJ Patut Letak Jawatan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes seorang pegawai tinggi di kementerian itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana dipercayai terlibat rasuah berjumlah RM20 juta. Khairy tak sepatutnya diam dan hanya mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

Kes ini dikatakan melibatkan kumpulan sindiket menipu KBS menyebabkan kerajaan kerugian RM100 juta. SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire. Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000. Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.

Isu Rasuah KBS

Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek. Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

Khairy Jamaluddin memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula daripada tahun 2013. Bermakna kes ini bermula dari zaman Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Sekitar 3 tahun memegang jawatan, bagaimana KJ langsung tidak tahu? Adakah sistem pemantauan sedia ada begitu longgar hinggakan Menteri tidak tahu berjuta ringgit hilang tanpa program dijalankan. Adakah Khairy terlalu sibuk berzumba sehingga mengabaikan kerjanya sebagai Menteri?

Adakah Khairy Jamaluddin masih layak memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan? Jika kita lihat KPI dalam bidang sukan. Boleh kata kemerosotan dalam banyak sukan. Pada Sukan Asia 2014 di Incheon, kita gagal capai sasaran 8 pingat emas. Kita hanya berjaya capai 5 pingat emas dan ia merupakan satu kemerosotan berbanding Sukan Asia 2010 di Guangzhou. Sebelum ini 5 sukan jadi penyumbang, berbanding 3 sukan pada 2014.

Berikutan sasaran merosot, sasaran rendah diletakkan, hanya 40 pingat emas untuk Sukan SEA 2015 dan Malaysia capai 62 emas dan berada di tangga ke 4. Pencapaian terbaik negara saya kira pada tahun 2001, tangga pertama dan 2007 tangga kedua. Kalau kita tengok sukan-sukan lain, Badminton, kali terakhir kita pegang All England pada tahun 2014 melalui Chong Wei dan akhirnya Chong Wei disabitkan dengan isu doping. Kali terakhir kita pegang Piala Thomas pada tahun 1992.

Sukan bola sepak, tak perlu kata, ranking sentiasa jatuh dan terbaru di tangga 166. Kedudukan terbaik di tangga ke 75 pada tahun 1993. Tercorot 171 sekitar 2015 dan 2016. KJ kata dengan kes-kes dalam FAM dan prestasi hambar, pengurusan FAM patut letak jawatan. Saya pun bersetuju dalam hal ini. Tapi dengan kes rasuah ini, adakah Khairy patut pertahankan jawatan? Pasukan Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia. Malaysia pernah layak ke Olimpik pada 1972 dan hanya berada di Pusingan 1. Pada tahun 1980 layak tapi memboikot. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia pada tahun 2007.Kursus Kecergasan 2024

Kita ada beberapa sukan yang boleh dibangga seperti Skuash. Kita juga ada pelari pecut baru Badrul Hisham dengan catatan 10.29 saat memecah rekod 17 tahun milik Watson walaupun rekod itu dibatalkan. Kita juga mungkin ada atlet-atlet dalam sukan Strongman yang tidak dipandang oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kami sebagai rakyat, serta atlet ingin yang terbaik untuk Sukan. Kami tidak mahu isu-isu seperti kehilangan 100 juta ini. Banyak yang boleh dilakukan dengan nilai tersebut. Boleh buat program pembangunan atlet, boleh melatih bakat-bakat baru dan sebagainya. Ke arah negara yang membangun dengan sukan.

Adakah Khairy Jamaluddin masih layak pegang jawatan Menteri Belia dan Sukan?

ZK: Pada pandangan saya, antara program KJ yang buang duit rakyat adalah Hari Sukan Negara. Konon untuk menarik minat rakyat bersukan. Adakah ianya berkesan?

Rujukan
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141006/su_01/Jangan-lari-dari-kenyataan
http://www.nsc.gov.my/kejohanan/sukan-sea/
http://www.mysumber.com/sukan-sea-2015-kedudukan-pungutan-pingat-malaysia-terkini.html
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pegawai-kbs-songlap-rm100j-beli-kereta-audi-beg-hermes-cincin-cartier
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/21/pegawai-kbs-suspek-rasuah-ditahan-kerja/
https://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Cup
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: