Kompoun VS Isolasi Nov24

Kongsi

Kompoun VS Isolasi

Apa itu senaman kompoun?

Senaman kompoun adalah pergerakan multi-joint yang melibatkan beberapa otot atau kumpulan otot dalam satu masa. Contoh paling besar adalah squat yang mana melibatkan banyak otot di bahagian bawah badan dan core termasuk quadriceps, hamstring, betis, glute, pinggang dan core.

Apa itu senaman isolasi?

Senaman isolasi adalah pergerakan pada satu sendi dan melibatkan satu otot atau satu kumpulan otot. Contohnya seperti biceps curl. Pergerakan isolasi ini biasa digunakan dalam proses pemulihan, membetulkan ketidakseimbangan otot, mungkin disebabkan kecederaan, pembedahan dan sebagainya.

Kenapa guna senaman kompoun?

Ianya menggunakan banyak kumpulan otot yang bermakna lebih pembakaran, membolehkan badan mendapat senaman untuk keseluruhan badan dengan cepat tanpa perlu tumpu pada satu senaman, membetulkan koordinasi, masa tindak balas dan menyeimbangkan otot merentasi sendi, mengurangkan risiko kecederaan ketika bersukan, memberi ruang untuk bersenam dengan lebih lama dengan kurang keletihan pada otot dan seterusnya mengangkat lebihan bebanan. Senaman jenis kompoun lebih sesuai untuk proses membesarkan badan berbanding isolasi yang menyasarkan hanya kumpulan otot tertentu.

Kenapa guna senaman isolasi?

Senaman isolasi sering kali digalakkan untuk membetulkan ketidakseimbangan otot atau kelemahan yang sering berlaku selepas kecederaan. Senaman isolasi juga boleh digunakan untuk membetulkan ketidakseimbangan akibat dominasi bahagian badan tertentu seperti tangan besar sebelah dan sebagainya. Sekiranya otot yang cedera tidak dilatih semula, ia boleh mewujudkan ketidakseimbangan biomekanik yang sukar dibetulkan. Sebagai contoh, apabila berlaku kemalangan dan patah di sebelah kaki, kaki kiri dan kanan akan berdepan masalah ketidakseimbangan. Alasan lain untuk menggunakan senaman isolasi adalah untuk menguatkan, atau menonjolkan otot-otot tertentu, seperti menggunakan leg extension untuk menonjolkan otot quadricep atau lebih khusus ke vactus di dalam. Semasa proses memotong, latihan isolasi digunakan untuk menonjolkan otot-otot tertentu.

Nota: Rujuk data Cara Bersenam

Kompoun VS Isolasi

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube