Konsultan May25

Kongsi

Konsultan

Entri kali ini cuma ingin memperkenal 2 konsultan untuk ZK Dinamik Sdn Bhd, www.strengthsifoo.com . Mereka berdua tidak asing lagi dalam dunia kecergasan di Malaysia. Mereka juga antara penceramah utama untuk program-program korparat Zaki Khan selain saya dan beberapa orang lagi.

Dr. Lee Chee Pheng, Ph.D.

Kursus Kecergasan 2017

Bekelayakan dalam B.Sc. in Sports Coaching, Hungarian University of P.E., Budapest. Hungary, M.Sc. in Health Science, Semmelweis University, Faculty of P.E. & Sports Sciences, Budapest, Hungary dan Ph.D., Thesis focused on the growth of children, anthropometric advantage and their physical abilities related to growth and sports.

Beliau banyak memegang jawatan-jawatan di peringkat antarabangsa. Pernah menjadi orang kanan Joe Weider. Manakala di Malaysia, pernah menjadi penganjur 2nd. International Conference on Strength Training and Weight Lifting, 2000, World Fitness Camp, 2004. Pernah menjawat jawatan ahli jawatankuasa teknikal khas di Majlis Kecergasaan Kebangsaan di bawah Dato Azalina Othman. Juga merupakan penasihat untuk National Association for Fitness Instructors. Kini merupakan C.E.O. Malacca College of Complementary Medicine dan juga Program Director di Windfield Int’l College, School of Physiotherapy.

Dr Arvind Rajloo, R.E.T.

Merupakan orang pertama yang diberi lesen Pengamal Terapi Latihan di Malaysia. Beliau mempromosikan terapi non-invasif untuk semua masalah musculor-skeletal dan sendi yang tidak berfungsi akibat akiviti hidup seharian, kebiasaannya di sebabkan postur yang salah atau akibat persekitaran.

Kini merupakan Program Director di Malacca College of Complementary Medicine.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube