Korset

Korset? Adakah ianya bagus untuk kuruskan badan? Sejak akhir-akhir ini kecoh pasal korset, dengan pelbagai jenama dan nama seperti premium beautiful, body trimmer, instant figure trimmer dan sebagainya yang cuba dipopularkan oleh syarikat multilevel marketing (MLM) dengan harga mencecah RM 1600 atau mungkin lebih. Seperti biasa, ayat syarikat multilevel, ‘tanpa bersenam anda boleh kurus’.

Kursus Kecergasan 2024

Negara China sekarang memang popular dengan penghasilan produk-produk merapu dan kekadang seolah-olah tidak masuk akal, seperti baru-baru ini kecoh tentang telur tiruan, daging tiruan dan sebagainya. China menjadi negara pengekspot terbesar produk komersial terbesar sekarang. China akan menghasilkan apa sahaja produk yang boleh menjana kewangan. Beri mereka wang, mereka akan hasilkan. Dengan tambahan kononnya pelbagai teknologi yang terkandung yang diletakkan dengan nama yang bombastik. Syarikat MLM mengambil peluang ini untuk mengambil produk-produk permintaan tinggi. Permintaan ubat kurus atau apa-apa produk menguruskan badan mempunyai permintaan dan pasaran yang sangat luas. Boleh dikatakan hampir semua hendak kelihatan kurus dan cantik. Jika ada jalan pintas, lagi semua suka.

Dengan teknologi yang kononnya dipanggil FIR yang menggunakan serbuk magneik infra merah teknologi Jepun dan pelbagai lagi nama. Bagaimana FIR dapat membantu mempromosikan metabolisme dan peredaran darah, serta ekskresi buangan badan dan lebihan lemak? Hanya saintis di kilang di Tianjin boleh menjawab. Semua jawapan daripada kilang yang menghasilkan. Ia seolah-olah sains daripada luar angkasa lepas. Teknologi yang langsung tidak wujud lagi di bumi. Tunjukkan saya kajian daripada pihak-pihak ketiga jika ada? :D. Dengan nama yang agak menarik untuk menipu, diolah lagi oleh para peniaga MLM dengan ayat-ayat manis, janji-janji dan sebagainya, maka ramailah yang tertipu.

Satu set korset ini berharga sekitar USD 28.50 hingga USD 35.50 untuk pembelian 1000 unit. Jika ditukar ke ringgit Malaysia adalah sekitar RM 80 hingga RM 110. Tetapi dijual di Malaysia di bawah syarikat MLM dengan harga sekitar RM 1600, RM 2300, RM 2600 dan sebagainya. Kenapa dijual begitu tinggi? Untuk keuntungan bertingkat-tingkatnya dan untuk mengayakan dalang utama syarikat tersebut. Orang Malaysia mudah ditipu, lebih-lebih lagi Melayu. Bersenam kan sakit badan, elok pakai korset. Senang dan boleh kurus. :D.

Teringat pula cerita pernah makan di satu kedai makan di Selayang dahulu. Adalah 1 kumpulan di meja sebelah beriya bercerita pasal sesuatu. Saya perasan yang beriya mempromosikan sesuatu itu seorang perempuan yang agak gemuk. Saya ternampak korset daripada syarikat Hai-O. Habis kitaorang bantai gelak di situ kerana yang mempromosikan korset itu pun badan sangat besar. Entah apa dipusingnya. Mungkin bawa kereta BMW satu dan bercerita tentang kejayaan cek berjuta-juta diterima setiap bulan, atau melancong setiap bulan dan sebagainya jika menyertai mereka. :D.

Cerita pasal FIR daripada syarikat penjual yang kemudian diolah untuk jadi lebih menarik.

Saya minta tolong sesangatlah, janganlah mudah tertipu dengan benda-benda scam begini. Hendak menguruskan badan, bukan begini caranya. Seperti saya biasa cakap dan kena selalu ulang, bersenam, pemakanan yang baik dan rehat kualiti. Bukannya korset, sauna, pil kurus dan sebagainya. Janganlah buang duit dan berangan untuk kaya cepat dengan menyertai skim-skim begini. Dalam masa yang sama bila anda mempromosikan benda-benda begini, anda merosakkan orang lain yang ingin hidup sihat. Jika anda benar-benar ingin membantu seseorang kuruskan badan, ajaklah dia bersenam, jaga makan. Gunakan cara yang betul. Hentikanlah penipuan.

Senaman mempunyai banyak kelebihan, untuk jantung dan sebagainya. Adakah pemakaian produk-produk begini dapat memberikan anda kesihatan yang baik? Jadilah seorang yang berilmu. Jika tiada, carilah ilmu itu. Jangan semata-mata mendengar cerita rakan pejabat yang menjual produk-produk begitu. Mereka inginkan jualan, mereka inginkan keuntungan MLM, mereka inginkan downline. Mereka sendiri mungkin dah tertipu dan keluar ribuan ringgit. Jadi mungkin paling tidak kena cari beberapa jualan untuk menutup kerugian mereka. Biar orang lain pula rugi.

Bersama kita banteras gejala MLM

(Kredit ke blog aididmuaddib)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Korset

  1. joe_pkp88 says:

    Info yg menarik n berdasarkann fakta..nice!!

  2. Emmm…Bala ni bala…nak wat guane cer…skrg zaman nk cepat belaka…

  3. nice info pasal korset. perempuan ngan korset ni geng tapi saya tak pernah pakai lagi.hehehehe!!

    1. x perlulah buang duit mencuba. cukup lah sekadar bersenam, jaga makan, cukup rehat. 😀

  4. atok pun setuju dengan entry ni…kadang2 diorang jual benda yang tak masuk akal dengan harga yang tinggi…mana mungkin baju ketat tu leh kuruskan badan ek….em, macam2….

    1. produk2 MLM dijual dgn harga yg x munasabah langsung demi mengaut keuntungan. dgn mcm2 kenyataan merapu utk melakukan produk. siap kata x perlu bersenam dan sbagainya. baju ketat mmg boleh menghalang bdn daripada mengembang tetapi bukan dgn cara yg sihat. bersenam byk kelebihan dan pilihan yg terbaik.

  5. atok pun setuju dengan entry ni…kadang2 diorang jual benda yang tak masuk akal dengan harga yang tinggi…mana mungkin baju ketat tu leh kuruskan badan ek….em, macam2….

  6. tengok model-model korset tu cantik & hot belaka sampai semua turut terpengaruh..terutamanya perempuan melayu..alahai..

  7. bertahun2 kumpul lemak tak pulak rasa kalut (sabor je tengok berat badan naik) ..tapi nak kuruskan badan nak sehari terus kurus…. langsung tak leh sabor.. apa nak jadi un x tau la.. penyakit malas makin menjadi2…

  8. as salam..
    sy ada beli korset PB nih alahaiiii ruginya bila baca nih..
    bila guna mmg menyeksakan sy PB nih.
    boleh x sy nk copy nih ltk kt my blog
    tq

  9. Only CT (In The World) says:

    Padanlah perempuan Malaysia antara plg stress di dunia. Pelik 2je dorang wat……

  10. Tu la…ada jugak orang yang sanggup berhabis beli korset mahal2 pastu pakai…tapi time makan melantak semacam tak ingat dunia..mcm mana nak kurus….aayyyoooooo…

  11. Nk kaya ke??
    Buar agent personal loan goverment sudah la…komisyen 1%…

  12. Sharina idora says:

    Tq dato for the info…suka Baca entry2 kt blog ni tp ni first time drop comment…
    PB pnye corset ni rmai kwn2 sy jual…tp alhamdulillah setakat ni xpernah terjebak…
    Lg minat dgn fitness..squat, deadlift…
    And I wish dpt prg jauh dlm bidang fitness..nk ubah mind set perempuan especially.. Psl fitness…
    Pray for me ?

Leave a Reply to Lizz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: