Kursus Instruktor Aerobik 9-13 April 2012 Mar22

Kongsi

Kursus Instruktor Aerobik 9-13 April 2012

Jika anda berminat untuk sertai Kursus Instruktor Aerobik di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dianjurkan di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, satu kursus akan diadakan pada 9 hingga 13 April ini.

NASC 2015

Tarikh : 9 – 13 April 2012
Tempat : Bangunan Palapes dan Suksis, UKM Bangi

Hantarkan penyertaan anda sebelum 6 April 2012 dengan mengembalikan semula borang secara faks ke Unit Pembangunan Insaniah, UKM di talian +603 8921 5435. Ada bayaran dikenakan untuk makanan dan sebagainya. Hubungi Alia di talian +6019 2235 223 untuk maklumat lanjut.

Muat Turun Borang Pendaftaran

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini