Kursus Kecergasan May11

Kongsi

Kursus Kecergasan

ZK Dinamik (M) Sdn Bhd dan National Association for Strength and Conditioning Research (N.A.S.C.) menyediakan khidmat latihan korporat (training consultant) dalam konteks fitness dan wellness. Kursus seumpama ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kecergasan fizikal dalam sesuatu organisasi sama ada syarikat swasta ataupun kerajaan.

Sejak tahun 1995, apabila program dan kursus bercorak kecergasan dikenalkan pada pekerja Johnson & Johnson, kadar pekerja yang merokok menurun lebih daripada 2 pertiga. Mereka yang menghidap tekanan darah tinggi juga menurun lebih daripada separuh. Menarik bukan? Kenapa ianya penting untuk sesuatu organisasi? Ia menunjukkan pengurangan kos perubatan, pengurangan cuti MC pada pekerja sesebuah syarikat. Johnson & Johnson menganggarkan penjimatan 250 juta kos dalam tempoh bermula tahun 2002 hingga 2008.

Sebahagian Kursus Kecergasan anjuran ZK Dinamik (M) Sdn Bhd

Sebahagian Kursus Kecergasan anjuran ZK Dinamik (M) Sdn Bhd

Kursus Kecergasan dan Kursus Wellness Team Building telah dilihat sebagai suatu strategi berkesan untuk menurunkan kos dan meningkatkan produktiviti. Terdapat juga insentif cukai dan geran dalam kesihatan dan kecergasan di Malaysia yang boleh digunakan. Secara amnya, melalui sesuatu kursus kecergasan, para peserta dapat mengetahui tahap kecergasan masing-masing. Modul disusun untuk beri motivasi kepada peserta untuk memulakan gaya hidup sihat. Di samping itu, kepelbagaian variasi senaman termasuk trifecta, freeletics dan senamrobik diperkenalkan kepada peserta. Kebanyakan senaman boleh dilakukan dirumah, mahupun di tempat kerja.

Wellness Team Building

Wellness Team Building

Dalam kursus kecergasan juga, peserta ditunjuk cara menangani tekanan atau stress melalui kaedah berbeza yang dijamin berkesan. Kaedah-kaedah terapi dan senaman diperkenalkan yang mana kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Kaedah dijamin berkesan secara sainstifiknya. Modul diberi dengan cara kretif dan menarik seperti penerangan pemakanan sihat oleh chef dengan menunjukkan demonstrasi menyediakan makanan yang sihat. Makan secara sihat bukan bermaksud, makan tidak sedap. Persepsi pemakanan ini dah biasa ditanam dalam pemikiran kita menyebabkan ramai takut untuk hidup sihat.

Tempoh Kursus : Tiga Hari Dua Malam (Boleh diubah mengikut kesesuaian)
Jumlah Peserta : Minimum 30 orang (Tiada maksimum)

Perkhidmatan meliputi penyedia penceramah dan jurulatih bertauliah termasuk pembantu perubatan jika perlu. Termasuk nota kepada peserta. Termasuk sijil penyertaan. Termasuk insuran, mengikut tempat aktiviti. Termasuk hadiah dan sebagainya. Pihak pemohon bebas menentukan tempat perlaksanaan kursus bergantung pada kekosongan tempat tersebut atau boleh dicadangkan oleh pihak kami.

Boleh hubungi kami di 017 3999 125 atau email admin [at] zakikhan.net untuk dapatkan profil syarikat dan maklumat program, atau dapatkan presentation di tempat anda.

Kursus Kecergasan dan Acara tahun 2015

Kursus Kecergasan dan Acara tahun 2015

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini