Kursus Pertolongan Cemas Jan15

Kongsi

Kursus Pertolongan Cemas

Kursus Pertolongan Cemas (dengan Peperiksaan) akan diadakan pada 21 dan 22 Januari 2012, Sabtu dan Ahad daripada 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Latihan Pengakap Malaysia dengan kos RM110.00.

Kursus ini akan dikendalikan oleh St. John Ambulans Malaysia. Siapa yang berminat sila berhubungi En. Halim di talian, 03-8945 9020. Kursus ini diadakan di Wisma Shafie Mohd Salleh, Pusat Latihan Pengakap Malaysia, No. 29, Jalan Taming Permai 1, Kawasan Perniagaan Taming Permai Off Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Malaysia. Berdekatan dengan Pusat Membeli Belah Mines.

Nota: Makan, minum, tempat tinggal disediakan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube