Kursus Sains Sukan Tahap 2

Saya telah menyertai Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap 2 di Hotel Nouvelle Kuala Lumpur pada 16-20 Februari 2011. Atas permintaan saya masukkan jawapan saya kepada soalan tugasan untuk kursus itu. Merapu saja. 😀

Kursus Kecergasan 2024

Soalan Tugasan

a. Jelaskan tiga tumpuan utama Dasar Sukan Negara

1.     Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang terbuka dalam sukan di semua peringkat masyarakat

2.     Untuk membangun dan meningkatkan pengetahuan dalam sukan

3.     Untuk mencapai kecermelangan ke tahap tertinggi dan semangat kesukanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta meningkatkan imej Negara.

b. Bincangkan bagaimana sukan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Sukan merupakan wadah utama untuk merobohkan tembok perkauman dan memperkukuh perpaduan, dan menyedari hakikat itu, kerajaan kini sedang melaksanakan pelbagai langkah untuk memupuk minat dan penglibatan rakyat dalam sukan di kalangan rakyat Malaysia.

Usaha ini termasuklah memperkemaskan pengurusan sukan sekolah serta menambah waktu yang diperuntukkan untuk murid menjalani aktiviti bersukan dan riadah. Secara lumrahnya masyarakat akan memberi sokongan kepada seseorang atlet atau pasukan yang mewakili negara tanpa memandang indentiti kaum atau agama atlet tersebut.

YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan idea Sukan 1 Malaysia bertujuan meneruskan kesinambungan gagasan perpaduan yang dibawa oleh Dato Onn Jaafar, dan diusahakan secara berterusan oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Satu Malaysia mencerminkan makna-makna seperti “bersatu teguh bercerai roboh”, Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Sejak dahulu pentas perpaduan terbaik ialah melalui sukan. Kejayaan dan penyertaan kita dalam pelbagai pertandingan antarabangsa terutamanya dalam acara Badminton, Hoki dan Bola sepak telah mewujudkan ikatan perpaduan antara kaum dan agama. Sukan badminton dengan Dato Lee Chong Wei berbangsa cina tetapi disokong oleh kesemua kaum dalam mengharumkan nama Malaysia. Begitu juga sukan bola sepak yang pemainnya bercampur-campur mendapat sokongan dari rakyat Malaysia seperti dapat dilihat dalam Piala Suzuki baru-baru ini di mana Malaysia menang dan juga perlawanan persahabatan menentang Hong Kong. Kita juga pernah melahirkan perenang cemerlang bernama Nurul Huda Abdullah, seorang perenang dari kaum Cina dengan nama seperti orang Melayu. Pelbagai lagi contoh menunjukkan penglibatan pelbagai kaum dalam sukan.

Tun Dr. Mahathir membawa kejohanan sukan yang besar dan diminati rakyat seperti Piala Thomas, Sukan Sea dan Sukan Komanwel. Ia merupakan agenda perpaduan yang tidak perlu disorak dan dilaungkan. Demikian juga dengan laungan “Malaysia Boleh” diucapkan oleh semua kaum setiap kali negara kita mendapat kejayaan sama ada dalam bidang sukan mahu pun pencapaian lain di peringkat antarabangsa.

Pernah menonton filem Invictus arahan Clint Eastwood yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai usaha Nelson Mandela menghapuskan prasangka antara kaum melalui sukan Ragbi? Filem Invictus memaparkan sikap segelintir pemimpin kulit hitam yang menguasai pentadbiran negara apabila Nelson Mandela menang pilihan raya Presiden. Mereka mahu melakukan perubahan-perubahan yang boleh menyinggung perasaan kaum kulit putih. Ini termasuklah usaha menghapuskan warna jersi, lambang dan juga nama “Springbook” daripada pasukan Ragbi Afrika Selatan. Mujurlah ia dihalang oleh Presiden Mandela kerana beliau mahukan perpaduan rakyat bukannya pembalasan dendam.

Antara yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui visinya untuk merealisasikan konsep sukan massa melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan sukan massa ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan. Antara usaha yang dibuat adalah mengiktiraf dan menambah persatuan sukan massa di semua peringkat, meningkatkan hubungan dengan sektor swasta termasuk media dalam mempromosikan sukan dan kesihatan seperti yang sering dilihat dalam televisyen sekarang. Menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Seperti yang kita lihat hari ini, penglibatan sukan antara negara mengeratkan lagi hubungan antarabangsa.

Antara usaha-usaha yang pernah dibuat sebelum ini adalah penubuhan rakan muda, majlis kecergasan kebangsaan, program ‘Malaysia Cergas’, penambahan prasarana seperti kemudahan bersenam di taman-taman, gymnasium rakyat dan lain-lain. Apa kita dapat lihat hari ini, seperti di Taman Tun Hussein Onn, aktiviti tai-chi kini bukan lagi dilakukan oleh bangsa cina sahaja, tetapi juga melayu, india dan lain-lain. Selain itu, Sukan Komuniti di perkenalkan untuk penglibatan semua.

Sukan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Semoga dengan apa yang diusahakan, kita mampu mengelak daripada berlaku peristiwa perkauman seperti peristiwa 13 Mei.  Negara Malaysia unik dengan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

9 thoughts on “Kursus Sains Sukan Tahap 2

  1. zaki….kursus tahap 2..susah x…nombor satu x lepas la

    1. Zaki Khan says:

      aik, xkan ko x lepas.

  2. en zaki boleh guide saya utk ambil kursus sains sukan tahap 1..
    ape syarat2…adakah kursus ini melayakkan sy sebagai jurulatih peribadi.

    1. Zaki Khan says:

      kursus sukan tahap 1 agak mudah lg. jadual boleh rujuk di

      http://www.nsc.gov.my/images/Coaching/pdfonline.pdf

      5 hari. register awal. di web msn tu. http://www.nsc.gov.my

      cuma yg mungkin sukar, bahasa melayu dia. bila dah translate cam pelik je bunyi. :D. kursus ini utk jurulatih. boleh gak digunakan utk jurulatih peribadi. kalau khas utk jurulatih peribadi, ada byk bdn yg iktiraf.cuma tang bayaran je la.mahal sikit.

  3. Muhammad amien says:

    En zaki,boss sy salah sorang master trainer bawah kelulusan ifbb,adakah sy boleh ambil kelulusan daripada dia?

    1. Siapa boss tu? Tak ramai ada ifbb lesen di malaysia. kelulusan apa nak ambil drpd dia?

  4. Truly no matter if someone doesn’t understand afterward its up to other visitors that they
    will help, so here it occurs.

Leave a Reply to ichi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: