Kursus Sport Massage Tahap 1 Jun29

Kongsi

Kursus Sport Massage Tahap 1

3 hari rasanya tak mengemaskinikan blog. Pada 27 dan 28 haribulan jun 2011, saya dan Isa telah menghadiri Kursus Sport Massage Tahap 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

NASC 2015

Urutan sukan adalah salah satu cabang dalam perubatan sukan yang mana membantu para atlet bertindak balas dengan lebih baik samada dalam pertandingan, latihan dan rehabilitasi. Atlet daripada semua peringkat pertandingan menggunakan urutan untuk beraksi dengan lebih baik. Dalam usaha menghasilkan atlet-atlet yang lebih baik di masa hadapan, usaha mendapat tukang urut sukan giat dijalankan.

Apa Kebaikan Urutan Sukan?

– Melancarkan peredaran darah

– Memperbaik mobiliti sendi

– Mengurangkan strain dan otot yang ketat

– Membantu mengurangkan kecederaan yang serius

– Membantu meningkatkan keupayaan dan prestasi atlet

– Membetulkan postur badan

– Mengurangkan tekanan, kesakitan disebabkan ketidakstabilan otot

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini