Kursus Terapi Senaman Nov14

Kongsi

Kursus Terapi Senaman

Berminat untuk menjadi seorang Terapi Senaman? Di mana kursus? Berapa bayaran? Jika ikutkan bayaran sekitar sepuluh ribu Ringgit Malaysia untuk kursus penuh, tetapi kini di ZK, anda boleh sertai secara PERCUMA. Cuma anda perlu tanggung makan minum dan penginapan jika perlu. Ia akan diadakan di Damansara selama 7 minggu. Ia di bawah anjuran N.A.F.I. dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program Perubatan Sukan selama 7 minggu ini akan memberikan anda kelayakan Certified Exercise Therapist (ETs).

Kursus Kecergasan 2017Sesiapa yang ingin menyertai perlu ada sekurang-kurang 3 tahun pengalaman dalam mengajar senaman dan MESTI masih mengajar samada sepenuh masa, separuh masa, atau freelance di mana-mana pusat gymnasium atau studio. TIADA bayaran tetapi makan minum dan tempat tinggal perlu tanggung sendiri.

Emailkan kepada saya di jaytiraa@yahoo.com butiran berikut:

Nama:
Jantina:
Tarikh Lahir:
Alamat Terkini:
E-Mail:
No Telefon Bimbit:
Kelayakan Akademik: SPM/DIPLOMA/DEGREE/MASTERS/DOCTORATE
Kelayakan Lain:
Tempat Kerja (dengan surat pengesahan majikan):
No Telefon Pejabat:
Pengalaman Kerja dan Majikan sebelum ini:

Kelas hanya hujung minggu, Jumaat 7pm-10pm, Sabtu dan Ahad sepenuh hari. 120 jumlah jam kredit termasuk ujian. Dijangka mula pada bulan Disember 2012 atau Januari 2013.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube