L-carnitine Jun28

Kongsi

L-carnitine

Apa itu L-carnitine? L-carnitine adalah blok pembinaan protein yang dihasilkan di dalam badan kita secara semulajadi melalui sintesis lysine dan methionine. Kebiasaanya, makanan tambahan l-carnitine ditambah bagi meningkatkan kandungan l-carnitine bagi mereka yang ada masalah rendah l-carnitine disebabkan genetik, atau pengambilan dadah tertentu seperti asid valproic, dan juga mereka yang melakukan hemodialisis untuk buah pinggang.

L-carnitine juga digunakan untuk mereka dengan masalah jantung, kegagalan kognitif jantung, diphtheria, sakit kaki disebabkan masalah pengaliran darah bermasalah, tinggi kolesterol, masalah kesuburan bagi lelaki, masalah pengembangan otak yang dipanggil rett syndrome, masalah anorexia, masalah keletihan melampau, diabetes, masalah thyroid yang terlalu aktif, serta meningkatkan prestasi sukan dan daya tahan otot.

L-carnitine dan acetyle-l-carnitine

Badan kita boleh menukarkan l-carnitine kepada 1 lagi bentuk amino yang dipanggil acetyl-l-carnitine dan propionyl-l-carnitine. Cuma belum ada kepastian adakah kelebihannya juga dipindahkan apabila bertukar bentuk. Apabila dalam bentuk acetyle-l-carnitine ia lebih kepada fungsi otok. Apabila dalam bentuk l-carnitine ia bantu badan menghasilkan tenaga.

Bayangkan l-carnitine umpama penjaga pintu di sel adipose ataupun lemak. Apabila l-carnitine tinggi, pintu mudah terbuka, dan karbohidrat senang masuk untuk menarik triglyceride yang dah dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas untuk dibawa ke mitochondria bagi proses pengoksidaan atau pembakaran.

Terdapat pelbagai kebaikan pengambilan l-carnitine jika nak dimasukkan ke dalam entri ini. Antaranya, kebanyakan kajian mencadangkan peningkatan sel darah merah. Apabila sel darah merah meningkat, hemoglobin meningkat. Badan cenderung untuk ambil oksigen yang lebih dan seterusnya bantu dalam proses meningkatkan daya tahan otot.

Pengambilan l-carnitine juga dapat memperbaik denyutan jantung. Membantu mengurangkan risiko myocarditis ataupun keradangan di jantung. Ia membantu menenangkan seseorang. Pengambilan l-carnitine dalam masa sama membantu meningkatkan jumlah otot dan mengurangkan peratus lemak. Walau bagaimana pun, masih terlalu banyak ruang untuk kajian bagi mengenal pasti kebaikannya disebabkan ada sesetengah kes tidak berkesan seperti yang diharapkan.

NASC 2015

Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah kalau berlebihan dos seperti menyebabkan perut rasa tidak selesa, muntah, heartburn, cirit birit dan bau badan yang teruk. Tiada kajian mencukupi penggunaan bagi perempuan mengandung dan menyusukan anak. Ia mungkin selamat jika diambil dalam dos yang dibenarkan. Akan tetapi belum ada kajian lanjutan mengenainya.

L-carnitine juga mungkin merangsang acenocoumarol yang digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. L-carnitine juga berinteraksi dengan hormon thyroid dengan mengurangkan keberkesanannya jika diambil serentak.

Pengambilan yang dicadangkan

• Bagi mereka dengan masalah kekurangan l-carnitine secara semula jadi, 990 mg, 2 hingga 3 kali sehari dalam bentuk tablet
• Bagi mengurangkan kesan sampingan asid valproic, 50 hingga 100 mg setiap kg berat badan di bahagikan kepada 4 dos. Maksima 3 gram sehari
• Bagi masalah jantung, 1 hingga 6 gram sehari
• Bagi masalah tiroid terlebih aktif, 1 hingga 2 gram, 2 kali sehari
• Bagi masalah kesuburan lelaki, 2 gram bersama dengan 1 gram acetyle-l-carnitine setiap hari
• Sasaran untuk bakar lemak dan meningkatkan tahap kecergasan, 2 hingga 4 gram sehari

L-carntine juga boleh didapati daripada makanan solid kita seperti daging, ikan dan sebagainya.

Rujukan
https://examine.com/supplements/l-carnitine/
http://www.bodybuilding.com/fun/11-super-side-effects-from-taking-l-carnitine.html
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/carnitine-lcarnitine

Produk baru Mesotropin mengandungai l-carnitine, creatine dan bcaa. Boleh hubungi saya di talian 017-3999125 untuk tempahan.

Produk baru Mesotropin mengandungai l-carnitine, creatine dan bcaa. Boleh hubungi saya di talian 017-3999125 untuk tempahan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini