Latihan DTP Aug20

Kongsi

Latihan DTP

DTP bermaksud ‘Dramatic Transformation Principle‘. Latihan ini dikatakan akan mengubah bentuk badan secara dramatik. DTP dicipta oleh Kris Gethin. Secara amnya DTP memberi kejutan pada otot dan menyebabkan ia berkembang. DTP disyorkan untuk mereka yang ingin mengembangkan otot dalam masa yang singkat. DTP menyasarkan masa yang pendek, iaitu 12 minggu.

DTP dilakukan dalam bentuk piramid iaitu beban menaik dan menurun. Anda akan melakukan satu atau dua pilihan senaman untuk setiap bahagian badan.

Contoh;

Hari 1: Kaki, Perut
Hari 2: Kardio
Hari 3: Dada, Belakang
Hari 4: Kardio
Hari 5: Tangan, Perut
Hari 6: Kardio
Hari 7: Bahu, Trap

Set pertama DTP dilakukan dengan ulangan 50, 40, 30, 20, 10 disamping penambahan beban yang sesuai. Setelah 5 set, buat penurunan beban dan ulangan 10, 20, 30, 40, 50. Satu latihan 10 set. Kebiasaannya ramai yang akan gagal sebelum ulangan ke 50 berakhir. Jika perlukan rehat, rehat sekejap tetapi tetap habiskan ulangan tersebut. Rehat 45 saat sebelum masuk set kedua. Masa rehat bertambah, set pertama 45 saat, set kedua 60, 75, 90, 105 dan apabila menurun 120, 105, 90, 75, dan 60 saat.

Melalui latihan DTP, apabila dimulakan dengan ulangan tinggi dan rehat yang kurang, ia akan menyasarkan serat otot jenis I dan apabila beban bertambah, ia menyasarkan serat otot jenis IIA dan disudahi dengan serat otot jenis IIB.

Contoh;

Bench Press

Set 1: 100 kg 50 ulangan
Rehat 45 saat
Set 2: 120 kg 40 ulangan
Rehat 60 saat
Set 3: 140 kg 30 ulangan
Rehat 75 saat
Set 4: 160 kg 20 ulangan
Rehat 90 saat
Set 5: 180 kg 10 ulangan
Rehat 105 saat
Set 6: 180 kg 10 ulangan
Rehat 120 saat
Set 7: 160 kg 20 ulangan
Rehat 105 saat
Set 8: 140 kg 30 ulangan
Rehat 90 saat
Set 9: 120 kg 40 ulangan
Rehat 75 saat
Set 10: 100 kg 50 ulangan
Rehat 60 saat

Adakah DTP boleh dilakukan oleh orang baru? Boleh, dengan syarat, ada asas kepada latihan bebanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube