Latihan DTP
DTP bermaksud ‘Dramatic Transformation Principle‘. Latihan ini dikatakan akan mengubah bentuk badan secara dramatik. DTP dicipta oleh Kris Gethin. Secara amnya DTP memberi kejutan pada otot dan menyebabkan ia berkembang. DTP disyorkan untuk mereka yang ingin mengembangkan otot dalam masa yang singkat. DTP menyasarkan masa yang pendek, iaitu 12 minggu.
DTP dilakukan dalam bentuk piramid iaitu beban menaik dan menurun. Anda akan melakukan satu atau dua pilihan senaman untuk setiap bahagian badan.
Contoh;
Hari 1: Kaki, Perut
Hari 2: Kardio
Hari 3: Dada, Belakang
Hari 4: Kardio
Hari 5: Tangan, Perut
Hari 6: Kardio
Hari 7: Bahu, Trap
Set pertama DTP dilakukan dengan ulangan 50, 40, 30, 20, 10 disamping penambahan beban yang sesuai. Setelah 5 set, buat penurunan beban dan ulangan 10, 20, 30, 40, 50. Satu latihan 10 set. Kebiasaannya ramai yang akan gagal sebelum ulangan ke 50 berakhir. Jika perlukan rehat, rehat sekejap tetapi tetap habiskan ulangan tersebut. Rehat 45 saat sebelum masuk set kedua. Masa rehat bertambah, set pertama 45 saat, set kedua 60, 75, 90, 105 dan apabila menurun 120, 105, 90, 75, dan 60 saat.
Melalui latihan DTP, apabila dimulakan dengan ulangan tinggi dan rehat yang kurang, ia akan menyasarkan serat otot jenis I dan apabila beban bertambah, ia menyasarkan serat otot jenis IIA dan disudahi dengan serat otot jenis IIB.
Contoh;
Bench Press
Set 1: 100 kg 50 ulangan
Rehat 45 saat
Set 2: 120 kg 40 ulangan
Rehat 60 saat
Set 3: 140 kg 30 ulangan
Rehat 75 saat
Set 4: 160 kg 20 ulangan
Rehat 90 saat
Set 5: 180 kg 10 ulangan
Rehat 105 saat
Set 6: 180 kg 10 ulangan
Rehat 120 saat
Set 7: 160 kg 20 ulangan
Rehat 105 saat
Set 8: 140 kg 30 ulangan
Rehat 90 saat
Set 9: 120 kg 40 ulangan
Rehat 75 saat
Set 10: 100 kg 50 ulangan
Rehat 60 saat
Adakah DTP boleh dilakukan oleh orang baru? Boleh, dengan syarat, ada asas kepada latihan bebanan.
sa pernah try ni..utk saya..sgt bagus..after same routine for 3 months mcm tu..1 months/3 weeks buat DTP..mmg power
sedikit kurang faham…contoh yang diberi hari ketiga dada dan belakang…so,berdasarkan rep yang tinggi dan set yang banyak tu..berapa minimum dan maksimum jenis latihan yang sesuai untuk dilakukan untuk satu part badan?
mungkin dato boleh berikan contoh latihan yang terbaik untuk dilakukan pada hari 1,3,5,7 tersebut…..
contoh;
day 1: squat, bicycle crunch
day 3: bench press, barbell row
day 5: biceps curl, triceps extension, leg raise
day 7: shoulder press, side lateral.
Salam dato….. Boleh tak bilangan rep tu dikurangkan. Rasanya tak larat nak angkat sampai 50. Perlu angkat seperti ingin memotong atau angkat seperti biasa.
x boleh kalau ikut program ni. cari berat yg sesuai.
Contoh;
Bench Press
Set 1: 100 kg 50 ulangan
Rehat 45 saat
Set 2: 120 kg 40 ulangan
Rehat 60 saat
Set 3: 140 kg 30 ulangan
Rehat 75 saat
Set 4: 160 kg 20 ulangan
Rehat 90 saat
Set 5: 180 kg 10 ulangan
Rehat 105 saat
Set 6: 180 kg 10 ulangan
Rehat 120 saat
Set 7: 160 kg 20 ulangan
Rehat 105 saat
Set 8: 140 kg 30 ulangan
Rehat 90 saat
Set 9: 120 kg 40 ulangan
Rehat 75 saat
Set 10: 100 kg 50 ulangan
Rehat 60 saat
kalau sy begineer.. kena ke ikot berat starting 100 kg sampai 180 kg.. ke nak starting berapa kg. dato tlg bg cadangan.
ikut kemampuan.
Dato..sy nk tnya ttg creatine.apakah fungsi dia,cara guna & kumpulan sasar(utk siapa)?
basicly utk tenaga. jenis anaerobik.
http://strengthsifoo.com/ringkasan-makanan-tambahan/
dato mcm mana dgn program bizzydiet? http://www.bodybuilding.com/fun/the-bizzy-diet.html
ok x?
sy dh maen 1tahun skrng,,,dan berhajat nk drop body fat …
adakah program bizzydiet ni bagus bg pendapat dato? sbb sy baca review setengah orang cakap program ni rubbish sbb macm lebih kpd promote supplement
lebih kurang sama dgn program2 lain, cuma separate upper n lower body. n ada hiit training. basicly hampir semua jenis training ada promote supplement.
salam…kalo da buat latihan ni tuk tempoh yg ditetapkan…and then tetibe stop, ad ape2 efek x pada badan??
xde masalah kalau nak tukar program.
cuma kalau boleh, stick pada 1 program dulu, tgk keberkesanannya pada diri.
perit……..
boleh ke kg tu dikurangkan??berat sangat tu….
maksud kurang? yg di atas tu contoh je. pilih beban yg sesuai dgn anda.
ouw…baru paham…hehe
tapi ulangan tu kene sama kn? 50 40 30 20 10 , 10 20 30 40 50
ya, ulangannya begitu.
Salam Dato’, Latihan kompoun sesuai ke untuk DTP ni? atau lebih sesuai split?
tak kisah. campurkan.
salam,
bagaimana pula dengan cara diet permakananya,bole dato terangkan.
ada diceritakan cara pemakanan dan supplement tp nampak mcm lebih ke arah mempromosikan supplement. pemakanannya hampir serupa, boleh lihat di http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
mcm kenal je atikel ni
http://roszaliza.blogspot.com/2012/08/kesan-buruk-duduk-atas-dompet.html
http://drazwan.blogspot.com/2008/04/respon-dr-siti-tentang-kajian-produk.html
cis, ada yg meniru artikel sini tp x linkkan ke strengthsifoo.com
lepas baca artikel dia, lain penulisan. gambar je sama.
As salam bro zaki.Apa yg sama?apa yg lain?api fat burnner bro jual ke?bagus ke?xde effect apa2?
ada jual. hubungi 012 688 6774. sms
setakat ni ok. produk herbal.
Sorry bro ada soalan lagi..sebelum workout elok ambik protein ke carbo?dan selepas workout boleh terus minum protein?atau kene tunggu beberapa minit!sebab bro ada ckp rugi nanti dia akan dibakar jadi tenaga?
amik complete meal sekitar 2 jam sebelum training. bergantung pada tahap digest. selepas workout amik carb dulu, cam pisang. lepas 30minit hingga 2 jam baru amik protein.
Tanya lagi boleh ye bro!kalau xde pisang…gantikan dgn semangkuk nasi dgn sedikit lauk boleh ke?
utk post workout? better cari yg fast absorb dulu. kalau xde choice baru nasi n lauk.
aslmkm dato.utk ectomorph body type ape cadangan dato tentang cara pemakanan dan latihan?saye dah maen hampir setahon tp mmg chest flat je
try training camni, http://strengthsifoo.com/senaman-kompoun-lebihan-bebanan/
hardgainer lain sikit latihannya. cara begini lebih mudah naik.
dato, hargainer tu kategori badan jenis ecto morph ke?
program 5×5 sesuai ke dengan orang macam ini?
rasanya saya kategori ini. badan susah nak naik. bila dah gain weight, cepat je turun.hehe 🙂
btw, saya mencuba program 5×5 macam dato cadangkan. e-book pun saya beli gak 🙂
hardgainer biasanya kategori ecto. 5×5 atau program seumpama tu. pemakanan pun kena tingkatkan cecah 30% drpd keperluan.
salam.. dato, sesuai x lthn ne utk org kurus?.. 60kg 180cm..
utk kurus, sy lg rekomen 5 x 5 http://strengthsifoo.com/5-x-5/
jadi dato dlm satu hari tu berapa jenis latihan yg perlu di buat…rsanya klu satu jenis nie pn dh x larat nie…bg contoh jenis workout utk hari 1,3,5,7…
pilih 1 atau 2 je,
hari 1 squat
hari 3 bench press, deadlift
hari 5 arm curl
hari 7, shoulder press
saya nak tanye…dalam 1 mase..berapa jenis workout kita boleh buat…contoh..dlm 3 jam..adakah kita boleh buat…chest 1 jam..bisep 1 jam..tricep 1 jam..
buat sejam sahaja. jgn berlebihan.
dato, latihan dtp ini lebih menyasarkan sizing atau cutting? saya workout seminggu 5hari so mcm mana jadualnya jika saya nak try latihan dtp ini? tq
target otot. bila otot bertambah, metabolisme bertambah.
kalau 5 kali, bab kardio kena adjust ke hari training.
dato, latihan dtp ini lebih menyasarkan sizing atau cutting? saya workout seminggu 5hari so mcm mana jadualnya jika saya nak try latihan dtp ini? tqq
Dato bleh ke klau saye selang selikan ltihan dtp ni dgn lathn yg biase sye buat…cnthnye mggu ni lthn dtp..mggu dpn ltihn biase
Elok focus pada 1 jenis latihan
SALAM DATO.ADAKAH PROGRAM DTP SESUAI UNTUK CUTTING??
juga sesuai
SALAM DATO..ADAKAH PROGRAM INI SESUAI UNTUK CUTTING??
boleh
Salam dato.
Macam mana nak gabungkan chest dengan back tu?
bench press + barbell row, contoh