Latihan Explosive Nov27

Kongsi

Latihan Explosive

Rasanya ramai yang ada masalah untuk ke gym, mungkin disebabkan kengkangan masa, malu, tiada gym yang berdekatan, masalah kewangan dan sebagainya tetapi masih ingin bersenam dan kelihatan cantik, memiliki badan seperti model, atau memiliki kesihatan yang baik. Apa kata cuba jenis explosive menggunakan berat badan sendiri. Terdapat beberapa jenis latihan, ada yang menggunakan tempo yang perlahan, ada juga yang menggunakan tempo yang laju. Secaranya amnya, latihan jenis laju akan mengaktifkan otot jenis IIb untuk membesar. Kalau dalam gym kita mengaktifkan dengan bebanan yang berat, tapi ia boleh juga diaktifkan dengan kelajuan yang tinggi.

Kursus Kecergasan 2017Bagaimana caranya? Untuk peringkat awal, pilih beberapa jenis latihan yang menyasarkan otot yang berbeza jika boleh. Sebagai contoh:

Squat
Push-Up
Chin-Up
Jump Jack
Bodyweight One Leg Deadlift
Pike Push Up
Step-Up
Superman

Biceps Curl (Pegang apa-apa bebanan, mungkin botol air)
Triceps Kick Back (Pegang apa-apa bebanan, mungkin botol air)

Menggunakan 10 jenis latihan. Sasarkan 1 minit setiap senaman. Dalam seminit buat sebanyak mungkin senaman itu dan rekodkan. Sebagai contoh, hasilnya pada hari pertama:

Squat 40
Push-Up 10
Chin-Up 5
Jump Jack 90
Bodyweight Stiff Leg Deadlift 150
Pike Push Up 15
Step-Up 60
Superman 50
Biceps Curl 80
Triceps Kick Back 90

Rekodkan ulangan tersebut dan cuba sasarkan lebih daripada itu setiap kali latihan. Buat rutin yang sama dalam seminggu dan ubah ke rutin lain minggu berikutnya. Anda juga boleh menggunakan peralatan tertentu seperti kettlebell, dumbbell, rubberband dan sebagainya. Terdapat pelbagai lagi rutin yang boleh dipilih seperti:

Bulgarian Split Squat
Handstand Push-Up
Renegade Row
Single Leg Romanian Deadlift
Shoulder Press
Kettlebell Swing
Mountain Climbing
Hip Thrust
Hip THighs Extension
Power Clean
Snatch
Bench Press
Lateral Raise
Lunges
Bicycle Abs
Ball Crunch
Contralateral Limb Raise
Downward Facing Dog
Single Leg Raise Push-Up
Plank
Supine Reverse Crunch
Cobra
Glute Activation Lunges
Glute Bridge
Hip Rotations
Side Lying Hip Adduction
Side Lying Hip Abduction
Supine Pelvic Tilts

dan pelbagai lagi…

Jangan pening bila tengok pelbagai nama pelik. Saya belum sempat masukkan video senaman untuk setiap satu. Anda boleh buat senaman yang anda tahu dulu, tetapi pastikan kena sebagai bahagian major badan. Bagi mereka yang baru mula, mulakan dengan 10 jenis. Bagi yang dah mahir, boleh tambah, mungkin ke 20 jenis, atau 30 jenis. Latihan ini menyasarkan bakar lemak dan membina otot. Ianya sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sukar untuk harapkan badan menjadi sebesar ahli bina badan tapi kalau setakat kelihatan cantik tiada masalah. Selamat mencuba.


Nota: Selain Latihan Explosive anda juga boleh gunakan latihan litar tetapi ianya akan cepat mencecah tahap adaptasi berikutan menggunakan beban yang sama jika di rumah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube