Latihan Mental Oct14

Kongsi

Latihan Mental

 

Asyik bercerita pasal fizikal dan nutrisi, bagaimana dengan mental? Apakah latihan yang boleh dibuat untuk kuatkan mental? Saya ringkaskan 3 senaman ringkas untuk mental.

Latihan 1: Pernafasan

1. Pastikan anda berada dalam keadaaan yang selesa. Tegakkan bahagian belakang anda. Duduk dalam keadaan bersila atau kangkang, yang mana selesa. Rehatkan tangan di sisi badan.
2. Tarik nafas secara perlahan dan tarik ke dalam. Luaskan bahagian abdomen and. Kira 1 hingga 10.
3. Hebus nafas secara perlahan melalui mulut mengikut kiraan 1 hingga 10.
4. Ulang sebanyak 7 kali. Pastikan anda berada dalam kedudukan selesa semasa proses pernafasan.

Latihan 2: Pernafasan Positif

1. Tarik nafas secara perlahan dan mendalam melalui hidung. Sambil itu sebut atau bayangkan, ‘aku yang terbaik’, ‘aku sangat kuat’ dan sebagainya mengikut kesesuaian situasi. Hembuskan nafas secara perlahan.
2. Ulang beberapa kali dengan kata-kata positif yang diperlukan. Yakin dengan diri anda.

Latihan 3: Gambaran

1. Dalam keadaan yang sangat selesa. Bayangkan diri anda berada dalam situasi kemenangan. Contohnya, berjaya mengangkat bebanan yang disasarkan, berjaya menjaringkan gol, berjaya menghabiskan larian dan sebagainya sesuai mengikut situasi.
2. Bayangkan diri anda melakukan senaman atau sesuatu gerakan dengan kemas dan cantik. Bayangkan betapa ganasnya anda ketika mengangkat bebanan. Bayangkan gadis-gadis bersorak untuk anda ketika anda memenangi apa-apa pertandingan dan sebagainya yang boleh jadi motivasi untuk anda.

Ini adalah sebahagian teknik yang digunakan atlet untuk mengurangkan tekanan. Ia juga boleh diaplikasikan di dalam gym.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube