Makan Buah Menggemukkan? Nov26

Kongsi

Makan Buah Menggemukkan?

Adakah makan buah menyebabkan anda gemuk? Ada yang takut makan buah kerana kandungan fruktosa yang tinggi. Makan buah bukan bermaksud melantak buah. Buah yang biasa jadi sumber lantakan, adalah durian. Tahukah anda 1 ketul durian yang kecil boleh mencecah 60 kalori, 1 hidangan kecik dengan 3 ketul boleh mencecah 180 kalori, tapi kebiasaan, seorang mungkin boleh mencecah 30 ketul dengan kalori sekitar 600 kalori atau lebih bergantung pada saiz.

NASC 2015

Kenyataan buah menggemukkan merupakan satu kenyataan anekdot. Buah sebenarnya tidak menggemukkan. Buah-buahan tidak membuatkan anda gemuk kecuali buah tertentu dalam jumlah tertentu. Teori buah-buahan menghentikan pembakaran lemak adalah berdasarkan otot yang kekurangan enzim yang menukarkan fruktosa kepada glikogen. Otot tidak boleh menyimpan fruktosa, tetapi di hati ianya boleh boleh disimpan dalam bentuk glikogen. Malangna manusia normal hanya  boleh menyimpan 100-120 gram glikogen di hati.

Pembakaran lemak adalah berdasarkan membakar lebih banyak kalori daripada yang diambil dan juga berdasarkan tahap hormon, nisbah insulin ke glukagon. Tahap hormon adalah faktor ke dua.  Bagaimana mengawal nisbah insulin ke glukagon ini? Dengan pelan pemakanan atau lebih pengambilan makanan rendah glycemix index dan pengambilan protein serta lemak yang baik. Pengambilan protein dilebih untuk mencegah katabolisme dan menggalakkan defisit kalori memandangkan protein paling thermogenik. Penggunaan karbohidrat rendah glisemik adalah disebabkan ketumpatan tenaga yang lebih rendah dan secara semulajadi menjadikannya defisit kalori.

Buah-buahan tidak menambah gemuk dalam apa-apa cara atau bentuk. Buah-buahan merangsang pembakaran lemak. Kebanyakan buah-buahan adalah kurang daripada 100 kalori dan kebanyakan adalah rendah glycemic index. Secara rasionalnya untuk orang normal, 100 kalori tidak akan menyebabkannya disimpan, tetapi kekal dalam bentuk yang boleh digunakan. Kajian menunjukkan bahawa fruktosa boleh ditukarkan dengan cepat ke bentuk glukosa untuk digunakan sebagai tenaga.

Glikogen di hati tidak sentiasa penuh. Ia sentiasa berada dalam tahap boleh digunakan. Jadi tidak hairan jika glikogen di hati kosong pada waktu pagi. Glikogen di hati berkurang berdasarkan intensiti senaman. Berdasarkan setiap makanan, 1/4 hingga 1/3 daripada karbohidrat disimpan sebagai glikogen di hati, 1/3 hingga 1/2 disimpan sebagai glikogen di otot dan bakinya teroksida, jika berlebihan baru disimpan. Penyimpan glikogen di hati dan otot dipercepatkan dengan campuran glukosa dan fruktosa berbanding pengambilan bersendirian. Bermaksud, menu yang lengkap dengan karbohidrat seperti nasi dan buah lebih cepat disimpan dan boleh digunakan untuk latihan seterusnya berbanding menu dengan nasi sahaja.

Dalam erti kata lain, menambah buah-buahan selepas latihan adalah lebih baik daripada hanya menambah glukosa seperti daripada air isotonik. Di samping itu, satu kajian menunjukkan kehadiran fruktosa melancarkan pengangkutan asid amino atau protein. Kajian menunjukkan pengisian semula glikogen dipertingkatkan lagi dengan penggunaan ekstrak buah-buahan disamping mengurangkan penyimpanan lemak. Ekstrak ini mengurangkan de novo lipolysis atau penukaran lebihan karbohidrat ke lemak.

Kajian juga menunjukkan, fruktosa lebih lipogenik daripada gula lain. Kebanyakan buah mempunyai sekitar 4 gram fruktosa untuk 1 hidangan kecuali pisang yang ada 7 gram. Kajian hanya menunjukkan buah dan bukan buah apabila dicampur dengan makanan lain. Apabila dicampur, rujuk pada pelan pemakanan.

Bila nak makan buah? Buah boleh dimakan pada bila-bila masa bergantung pada aktiviti. Buah juga boleh diambil untuk tenaga segera. Buah sangat sesuai diambil selepas latihan. Boleh ambil pisang selepas latihan. Kajian-kajian yang dijalankan juga menunjukkan betapa teruk diet rendah karbohidrat, berkait dengan metabolisme dan emosi. Walau bagaimana pun, buah-buahan tidak 100 peratus fruktosa. Buah-buahan boleh jadi campuran fruktosa, sukrosa, glukosa, galaktosa dan maltosa. Tidak semua buah-buahan dicipta sama. Ada buah yang hadir dengan kehadiran lemak sekali seperti durian.

Bagi setiap 100 kalori berlebihan daripada protein, 60-75 kalori akan disimpan sebagai lemak. Bagi setiap 100 kalori berlebihan karbohidrat, 72-76 kalori akan disimpan sebagai lemak. Manakala daripada 100 kalori berlebihan lemak, 97-98 kalori akan simpan sebagai lemak.

Di dalam buah, bukan hanya ada karbohidrat, bahkan ada kehadiran vitamin tertentu yang diperlukan seperti vitamin A, C dan sebagainya, bahkan beberapa mineral yang diperlukan seperti potassium, bahan-bahan antioksida pyhtochemical seperti bioflavoids, limonoids, dan lycopenes. Kebanyakan buah membantu dalam pembakaran lemak. Bahkan kebanyakan produk pembakar lemak menggunakan ekstrak buah-buahan sebagai bahan utama. Sebagai contoh, anggur ada narginen yang membantu bakar lemak. Kajian juga menunjukkan anggur ada kandungan HMB yang tinggi. HMB adalah metabolik leucine yang menggalakkan pembinaan otot. Anggur juga mengandungi 6,7-dihydroxybergamotttin yang mana membantu meningkatkan pengeluaran testosteron.

Kesimpulannya, masukkan buah-buahan dalam pelan pemakanan anda. Jangan melampau-lampau. Benda yang baik jika diambil berlebihan, akan jadi tidak baik juga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini