Makan Buah Menggemukkan?

Adakah makan buah menyebabkan anda gemuk? Ada yang takut makan buah kerana kandungan fruktosa yang tinggi. Makan buah bukan bermaksud melantak buah. Buah yang biasa jadi sumber lantakan, adalah durian. Tahukah anda 1 ketul durian yang kecil boleh mencecah 60 kalori, 1 hidangan kecik dengan 3 ketul boleh mencecah 180 kalori, tapi kebiasaan, seorang mungkin boleh mencecah 30 ketul dengan kalori sekitar 600 kalori atau lebih bergantung pada saiz.

Kursus Kecergasan 2024Kenyataan buah menggemukkan merupakan satu kenyataan anekdot. Buah sebenarnya tidak menggemukkan. Buah-buahan tidak membuatkan anda gemuk kecuali buah tertentu dalam jumlah tertentu. Teori buah-buahan menghentikan pembakaran lemak adalah berdasarkan otot yang kekurangan enzim yang menukarkan fruktosa kepada glikogen. Otot tidak boleh menyimpan fruktosa, tetapi di hati ianya boleh boleh disimpan dalam bentuk glikogen. Malangna manusia normal hanya  boleh menyimpan 100-120 gram glikogen di hati.

Pembakaran lemak adalah berdasarkan membakar lebih banyak kalori daripada yang diambil dan juga berdasarkan tahap hormon, nisbah insulin ke glukagon. Tahap hormon adalah faktor ke dua.  Bagaimana mengawal nisbah insulin ke glukagon ini? Dengan pelan pemakanan atau lebih pengambilan makanan rendah glycemix index dan pengambilan protein serta lemak yang baik. Pengambilan protein dilebih untuk mencegah katabolisme dan menggalakkan defisit kalori memandangkan protein paling thermogenik. Penggunaan karbohidrat rendah glisemik adalah disebabkan ketumpatan tenaga yang lebih rendah dan secara semulajadi menjadikannya defisit kalori.

Buah-buahan tidak menambah gemuk dalam apa-apa cara atau bentuk. Buah-buahan merangsang pembakaran lemak. Kebanyakan buah-buahan adalah kurang daripada 100 kalori dan kebanyakan adalah rendah glycemic index. Secara rasionalnya untuk orang normal, 100 kalori tidak akan menyebabkannya disimpan, tetapi kekal dalam bentuk yang boleh digunakan. Kajian menunjukkan bahawa fruktosa boleh ditukarkan dengan cepat ke bentuk glukosa untuk digunakan sebagai tenaga.

Glikogen di hati tidak sentiasa penuh. Ia sentiasa berada dalam tahap boleh digunakan. Jadi tidak hairan jika glikogen di hati kosong pada waktu pagi. Glikogen di hati berkurang berdasarkan intensiti senaman. Berdasarkan setiap makanan, 1/4 hingga 1/3 daripada karbohidrat disimpan sebagai glikogen di hati, 1/3 hingga 1/2 disimpan sebagai glikogen di otot dan bakinya teroksida, jika berlebihan baru disimpan. Penyimpan glikogen di hati dan otot dipercepatkan dengan campuran glukosa dan fruktosa berbanding pengambilan bersendirian. Bermaksud, menu yang lengkap dengan karbohidrat seperti nasi dan buah lebih cepat disimpan dan boleh digunakan untuk latihan seterusnya berbanding menu dengan nasi sahaja.

Dalam erti kata lain, menambah buah-buahan selepas latihan adalah lebih baik daripada hanya menambah glukosa seperti daripada air isotonik. Di samping itu, satu kajian menunjukkan kehadiran fruktosa melancarkan pengangkutan asid amino atau protein. Kajian menunjukkan pengisian semula glikogen dipertingkatkan lagi dengan penggunaan ekstrak buah-buahan disamping mengurangkan penyimpanan lemak. Ekstrak ini mengurangkan de novo lipolysis atau penukaran lebihan karbohidrat ke lemak.

Kajian juga menunjukkan, fruktosa lebih lipogenik daripada gula lain. Kebanyakan buah mempunyai sekitar 4 gram fruktosa untuk 1 hidangan kecuali pisang yang ada 7 gram. Kajian hanya menunjukkan buah dan bukan buah apabila dicampur dengan makanan lain. Apabila dicampur, rujuk pada pelan pemakanan.

Bila nak makan buah? Buah boleh dimakan pada bila-bila masa bergantung pada aktiviti. Buah juga boleh diambil untuk tenaga segera. Buah sangat sesuai diambil selepas latihan. Boleh ambil pisang selepas latihan. Kajian-kajian yang dijalankan juga menunjukkan betapa teruk diet rendah karbohidrat, berkait dengan metabolisme dan emosi. Walau bagaimana pun, buah-buahan tidak 100 peratus fruktosa. Buah-buahan boleh jadi campuran fruktosa, sukrosa, glukosa, galaktosa dan maltosa. Tidak semua buah-buahan dicipta sama. Ada buah yang hadir dengan kehadiran lemak sekali seperti durian.

Bagi setiap 100 kalori berlebihan daripada protein, 60-75 kalori akan disimpan sebagai lemak. Bagi setiap 100 kalori berlebihan karbohidrat, 72-76 kalori akan disimpan sebagai lemak. Manakala daripada 100 kalori berlebihan lemak, 97-98 kalori akan simpan sebagai lemak.

Di dalam buah, bukan hanya ada karbohidrat, bahkan ada kehadiran vitamin tertentu yang diperlukan seperti vitamin A, C dan sebagainya, bahkan beberapa mineral yang diperlukan seperti potassium, bahan-bahan antioksida pyhtochemical seperti bioflavoids, limonoids, dan lycopenes. Kebanyakan buah membantu dalam pembakaran lemak. Bahkan kebanyakan produk pembakar lemak menggunakan ekstrak buah-buahan sebagai bahan utama. Sebagai contoh, anggur ada narginen yang membantu bakar lemak. Kajian juga menunjukkan anggur ada kandungan HMB yang tinggi. HMB adalah metabolik leucine yang menggalakkan pembinaan otot. Anggur juga mengandungi 6,7-dihydroxybergamotttin yang mana membantu meningkatkan pengeluaran testosteron.

Kesimpulannya, masukkan buah-buahan dalam pelan pemakanan anda. Jangan melampau-lampau. Benda yang baik jika diambil berlebihan, akan jadi tidak baik juga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

21 thoughts on “Makan Buah Menggemukkan?

  1. hmmm.. no wonder dato’ suggested to go bananas after workout. 🙂

    1. Aku rase sebab pisang leh provide instant energy kot,Tgk org main tenis makan pisang time tukar set.

  2. so dato’ antara anggur dn epal hijau mane yg boleh bg kemudahn untuk pembakaran lemak maksud sye untuk lbh cutting…

    1. epal hijau membantu disebabkan pectin dan 1 lg kandungan, x bleh recall plak time ni, jika dpt nanti sy masukkan.

  3. petua org “lama”…jgn makan buah ketika demam,batuk…adakah itu fakta atau mitos semata2?jika benar kenapa?

    1. di mana rasionalnya? sy cuba cari researched pasal makan buah ketika sakit, tp tak jumpa plak. x jumpa lg kajian pasal ni. kebanyakan support makan buah. jika terjumpa, nanti sy masukkan.

  4. Salam dato,

    sy ada terbaca dlm artikel kesihatan, dia kata semasa diet kt perlu elakan makan buahan seperti oren,tembikai..katanya blh mengemukkan..adakah btl…

    1. wasalam. ada part betul. tp ayat menggemukkan tu x brapa sesuai kut. tembikai mmg watery, n oren sitrus tinggi. insyAllah akan cuba olah topic ni akan dtg.

  5. betulke pisang punyai kandungan gule yang tinggi..tak elok untuk orng yang mempunyai keterunana kecing manis..penyakit kencing manis ni disebabkan keterunan atau gaya hidup…saya mcm keliru la…

    1. btul juga, tp balancekan dgn gaya hidup yg aktif. perkataan tak elok biasanya merujuk pada yang tak aktif.
      penyakit kencing manis mungkin sebab keturunan atau gaya hidup. kalau keturunan n daripada awal dah ada masalah pankreas, tu masuk special kes, yg mana perlu bantuan luar (insulin) daripada awal, + dgn gaya hidup yg baik serta pemakanan yg baik.

  6. FathinZaki says:

    salam dato’..

    boleh tak dato’ list out buah-buahan yang berfruktosa tinggi sbagai rujukan? terima kasih.

  7. rambutan menggemukkan x..??

  8. jagung menggemukkan ke?

  9. amer refqee says:

    salam dato, saya ingin menanyakan beberapa soalan. sekiranya saya diet tapi tak brape gemar nak makan sayur. apakah cara terbaik mengantikan sayur dengan makanan lain ? dan karbon apa sesuai untuk dijadikan makanan tengahari ? kalau saya makan buah epal hijau shaja adakah baik untuk diri saya .

    1. biasanya kalau case tak makan sayur ni, mmg dicadangkan amik multivitamin utk melengkapi keperluan harian. kalau nak cari satu2 yg tak cukup dlm pemakanan sedia ada, agak sukar. carbo apa saja pun boleh, as long ikut keperluan badan. cuba beras perang.

  10. Hi. Dah hampir dua minggu saya tak makan malam, siang kadang makan nasi (1 genggam )kadang cuma makan bihun sup. Adakah cara itu betul untk menurunkan berat badan?

    2. And sekarang, saya dah start untk terus potong pengambilan nasi. Saya gantikan nasi dengan pengambilan buah seperti epal hijau and merah, pisang and tomato. Saya memang tak makan sayr so trpaksa focus kpda buah. Setiap petang saya akan jogging ataupun berjalan kaki sekiranya trlalu letih, kadang berbasikal.

    Adakah cara saya ini betul ?
    Adakah buah okey untk menggantikn nasi? Adakah betul buah menggemukkan?

Leave a Reply to amer refqee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: