Makanan Asid VS Alkali May02

Kongsi

Makanan Asid VS Alkali

Kebanyakan orang mungkin tak sedar, paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 yang mana sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 ke 7 dan alkali daripada 7 ke 14.

Kursus Kecergasan 2017Sistem imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga memerlukan keadaan berasid. Pendek kata badan kita memerlukan keseimbangan untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada keseimbangan makanan berasid dan alkali.

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?

– Kesihatan buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
– Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
– Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal bebas
– Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari makanan
– Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan otot
– Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran darah
– Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal masalah penghadaman dan pergerakan usus
– Mengawal paras gula
– Mengekalkan tekanan darah serta mengawal kenaikan dan penurunannya

Apabila makan, cuba seimbangkan makanan berasid dan alkali. Sebagai contoh, jika makan satay, makan sekali dengan timunnya. Jika makan daging, ayam, seimbangkan dengan sayurnya seperti bayam dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube