Makanan Meningkatkan Ketagihan Rokok
Anda merancang untuk berhenti merokok, tetapi…
‘aduh, susahnya’
Semakin cuba semakin sukar. Tahukah anda, ada makanan yang menambah rasa ketagihan nikotin. Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam Experimental and Clinical Psychopharmacology berkenaan faktor pemakanan dalam meningkatkan ketagihan nikotin. Apakah makanan itu?
Gula
Gula dan nikotin mempunyai hubungan simbiotik. Gula suka bermain-main dalam darah kita. Apabila ia naik, ia akan jatuh disebabkan kawannya insulin dah panggil. Ini menjadikan anda inginkan lebih banyak gula. Dalam masa sama, rokok kata, dia boleh mengantikan gula dan mengisi kekosongan itu. Nikotin melepaskan gula ke dalam sistem anda.
Daging Merah
Menurut kajian Universiti Duke, sesetengah makanan hanya seolah-olah membuat rokok rasa lebih baik. Disebabkan itu, perokok suka merokok selepas makan. Menurut kajian daging meningkatkan rasa tembakau lebih berbanding makanan lain. Pernahkah anda rasa begitu lega, begitu layan merokok selepas makan steak? Kecuali untuk rokok menthol. Tiada perbezaan rasa nikotin selepas makan.
Minuman
Menurut kajian Universiti Duke juga, minuman seperti kopi dan alkohol juga menjadikan rokok rasa lebih sedap. Disebabkan itu, di kelab-kelab malam yang menghidangkan alkohol, tidak sah jika tiada rokok. Alkohol bukan sahaja mempunyai kesan neurobiologi yang membuatkan anda rindu pada rokok tetapi juga memberi kesan kepada kawasan pra-frontal korteks otak, bahagian yang mengawal membuat keputusan. Kafein juga menyebabkan tindak balas neurobiologi yang akan membuat anda inginkan rokok. Kafein bukan sahaja dalam kopi, malah coca cola, coklat, teh dan lain-lain.
Bagaimana Untuk Berhenti?
Jika sukar untuk mengawal keinginan, kekuatan mental yang lemah, mulakan dengan berhenti mengambil makanan yang menyebabkan ketagihan bertambah. Kemudian baru berhenti merokok. Cuba renungkan, kenapa di satu pusat pemulihan yang bagus, mereka menjaga pemakanan pesakit mereka dan memaksa mereka bersenam untuk hentikan ketagihan?
(Baca juga tentang bahaya rokok di entri Rokok)
good information….blog ni yang paling bagus saya tengok sebab info yang bberdasarkan fakta dan seentiasa menunggu entri yang baru…
terima kasih kerana sentiasa menunggu. 🙂
sy pun sama..best blog ni
tq. 🙂
owh. patut perokok lepas mkn je, mesti nak ada asap. hahaha
pastu merokok kat kedai mkn, mmg patut kena pancung. 🙂
baru tau.. nasib sy bukan perokok…
mmg azab dan cabaran untuk meninggalkan ketagihan merokok..dh rasa kesukaran tersebut..skrg ni maintain tgglkn tabiat merokok..mental kene kuat utk atasi ketagihan,cari alasan2 yg terbaik utk meningglkn rokok demi mnjaga kesihatan.. 🙂
makasih infonya… semoga barokah…salam
baru perasan.. dulu time merokok dulu, asal isap je, mesti nak air kopi, teh. lepak mamak pun mesti kene kopi or teh, pasu merokok.
Good info dato’
saya dah tinggalkn rokok sejak g gym..
BB alasan yg kuat utk berhenti merokok..
tq…