Makanan Tambahan Bina Badan Feb04

Kongsi

Makanan Tambahan Bina Badan

Setiap hari ada sahaja yang bertanya saya, elok tak ambil makanan ini, itu. Bila masa ambil dan sebagainya? Bila bercerita pasal binabadan, ramai yang fikir, makanan tambahan ini sangat penting. Benar ke?Makanan tambahan cuma tambahan kepada pemakanan yang baik dan program latihan yang baik. Pemakanan yang baik dan sistem latihan adalah komponen yang paling penting dalam sesebuah program binabadan dengan istirehat dan pemulihan di samping. Setelah ketiga-tiganya cukup, baru fikir untuk menambah makanan tambahan sebagai sebahagian daripada program anda. Makanan tambahan hanya betul-betul menambahkan kesan apabila diet dan prgram latihan optimum. Kebanyakan yang saya lihat, ambil pembakar lemak, tetapi makan mee goreng. 😀

Mengapa Menggunakan Makanan Tambahan?

Makanan tambahan baik disebabkan ianya menghalang kita daripada kekurangan sesuatu yang kita perlukan. Peningkatan aktiviti dari program latihan akan membuat badan memerlukan vitamin dan mineral yang lebih. Bahkan kekurangan nutrien boleh membantutkan tumbesaran.

NASC 2015

Asas Makanan Tambahan

Bila bercerita pasal makanan tambahan, ada pelbagai makanan tambahan. Yang mana badan anda perlukan? Dengan peruntukan sikit.

Beberapa Vitamin dan Mineral

Penting untuk memastikan bahawa badan anda beroperasi pada tahap yang maksimum. Mengapa? Kerana pada tahap yang sangat sederhana, tanpa vitami dan mineral adalah mustahil untuk menukar makanan yang dimakan menjadi tisu, otot dan tenaga.

Vitamin

Vitamin adalah sebatian organik (dihasilkan oleh haiwan dan sayur-sayuran) yang berfungsi untuk meningkatkan tindakan protein yang menyebabkan reaksi kimia seperti membina otot, membakar lemak dan pengeluaran tenaga. Ada dua jenis vitamin, vitamin larut lemak, boleh disimpan di dalam lemak dan kerana itu jika diambil berlebihan akan menjadi racun seperti A,D,E dan K. Satu lagi adalah vitamin larut air, ia tidak disimpan di dalam badan iaitu vitamin B dan C.

Mineral

Mineral adalah sebatian tak organik (tidak dihasilkan oleh haiwan atau sayur-sayuran). Fungsi utama mereka adalah untuk memastikan bahawa otak anda menerima isyarat yang benar daripada tubuh, kesimbangan cecair, kotraksi otot dan pengeluaran tenaga serta untuk membina otot dan tulang. Ada dua jenis mineral:

1. Bulk mineral – Kenapa disebut banyak? Kerana badan kita memerlukannya dalam jumlah yang besar, antaranya seperti Calcium, magnesium, potassium, sodium dan phosphorus.

2. Trace mineral – Diperlukan badan dalam jumlah yang sedikit seperti kromium, tembaga, kobalt, silikon, selenium, besi dan zink.

Makanan Tambahan Protein

Disebabkan jadual yang padat, kecuali atlet sepenuh masa, adalah mustahil untuk makan enam hingga lapan kali sehari dengan sempurna. Oleh kerana itu, makanan tambahan protein digunakan sebagai makanan segera. Ia mudah disediakan. Terdapat banyak kategori protein.

Sumber Protein

Ada banyak sumber membuat makanan tambahan protein. Kualiti protein diukur dengan Biological Value (BV). BV adalah nilai untuk mengukur sebarapa baik badan boleh menyerap dan memanfaatkan protein. Semakin tinggi nilai BV dari protein yang digunakan, semakin tinggi nitrogen boleh diserap masuk dan digunakan. Protein whey mempunyai BV yang tertinggi iaitu sekitar 104, protein telur 100, protein susu 91. Daging hanya 80 dan soya 74. Protein soya hanya serendah 49.

Protein Whey (Whey Concentrate/Whey Isolate)

Berdasarkan kajian, protein whey boleh meningkatkan prestasi sukan kerana mengurangkan tekanan dan menurunkan paras kortisol (hormon yang merosakkan otot). Ia juga dikaitkan dengan meningkatkan imuniti dengan peningkatan glutation (GSH) yang merupakan antioksidan larut air. Protein whey juga meningkatkan fungsi hati dalam beberapa bentuk hepatitis. Ia juga mengurangkan tekanan darah dan membantu memerangi HIV. Paling penting, ia mengurangkan kesan terlebih latihan yang mana dikaitkan dengan pasa GSH yang rendah.

Selain itu, protein whey sangat mudah dicerna dan mempunyai rangkaian asid amino yang lebih baik daripada putih telur. Jadi dengan kata lain, protein whey mempunyai nilai BV yang tinggi. Tetapi bukan semua whey mempunyai kualiti yang sama. Protein whey perlu melalui protein penapisan micro. Jika tidak, protein whey boleh dianggap lebih baik sedikit daripada susu skim. Mikro-filtrasi harus dilakukan pada suhu yang sangat rendah untuk membolehkan pengeluaran isi protein yang sangat tinggi tanpa protein didenaturasi dengan lemak yang minimum dan laktosa yang minimum. Proses-proses ini yang membezakan protein whey yang berada di pasaran.

Protein Isolat

Protein isolat adalah sub daripada protein whey yang diserap jauh lebih cepat ke dalam sistem. Ia sangat baik digunakan selepas bersenam kerana pada saat ini, badan sangat memerlukan asid amino. Bagaimana pun, protein isolat adalah pilihan yang teruk untuk digunakan pada masa lain dalam sehari disebabkan badan tidak memerlukan kesemua amino yang masuk ke dalam badan dan akan digunakan sebagai tenaga daripada membina otot.

Protein isolat tidak seperti protein whey yang memiliki banyak kelebihan pada kesihatan disebabkan proses menghasilkan protein isolat memusnahkan banyak kandungan seperti lactoferrins, beta-lactoglubulins dan immuno-globulins.

Protein Telur

Protein telur berada di kedudukan kedua dalam nilai BV. Ia adalah protein yang dibebaskan lebih lambat berbanding protein whey yang membuatnya sempurna untuk semua penggunaan sehari.

Protein Susu (Calcium Casseinate/Miscellar Casein)

Kalsium Casseinate adalah protein biasa yang ditemui dalam susu biasa dan produk susu yang lain. Miscellar adalah bentuk tidak didenaturasi kasein yang dijumpai dalam susu. Ia dipisahkan dari susu dengan cara ultrafiltrasi, tanpa menggunakan bahan kimia, yang meningkatkan jumlah susu peptida bioaktif yang menyokong fungsi kekebalan tubuh serta meningkatkan pertumbuhan otot. Disebabkan miscellar casein mempunyai kemampuan untuk memberikan keluaran stabil asid amino ke dalam aliran darah, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk jangka masa panjang sebagai protein anti-catabolic.

Protein Soya

Soya telah ditunjukkan untuk memberi manfaat positif bagi lelaki dan perempuan. Kajian telah menunjukkan soya mungkin mengurangkan risiko kanser yang bergantung pada hormon (payudara, prostat, dan lain-lain). Manfaat utama soya pada kesihatan termasuk mengurangkan kolesterol tinggi dan meredakan ke gejala menopause (ia mengandungi estrogen seperti bahan yang disebut phyto-estrogen). Soya juga telah terbukti membantu dalam osteoporosis dengan membina tulang.

Namun, untuk pembinaan otot, soya tidak tidak memberi banyak manfaat terutama bagi kaum lelaki. Pertama, nilai BV cuma 49, jauh jika hendak dibandingkan dengan protein whey dan kedua kerana ia memiliki estrogen yang mana mengurangkan testosteron melalui mengikat phyto-estrogen pada reseptor testosteron.

Weight Gainer

Weight gainer terdiri daripada beberapa sumber protein termasuk protein whey, protein isolat. Terdapat beberapa produk juga yang mencampurkan protein susu atau telur. Produk-produk ini biasanya tinggi kandungan karbohidrat yang mana biasanya dalam bentuk maltodekstrin (satu karbohidrat kompleks yang tinggi glycemic index) dan fruktosa (gula ringkas daripada buah-buahan).

Weight gainer yang dicampur dengan pemakanan seorang yang memiliki lemak lebih dari 10% biasanya akan menyebabkan pertambahan lemak berbanding otot kecuali disertai dengan latihan yang mencukupi. Ia boleh diambil sebagai makanan tambahan di antara makan pagi dan makan tengahari, selepas bersenam. Boleh dicampurkan dengan jus buah atau susu skim untuk meningkatkan jumlah kalorinya.

Meal Replacement Powders

Serbuk ini lebih rendah kalori jika dibandingkan dengan weight gainer. Ia dicipta setelah menyedari bahawa sebahagian besar orang tidak mempunyai masalah untuk menambah berat badan jadi weight gainer tidak begitu bermanfaat. Ia biasanya mengandungi campuran protein whey dan protein susu. Karbohidrat yang digunakan adalah daripada sumber maltodextrin sekitar 25-27 gram untuk setiap hidangan. Formula baru dibuat dengan karbohirat tinggi glycemix index daripada nasi perang dan oat. Selain itu, asid lemak perlu juga ditambah berserta vitamin dan mineral.

Asid Lemak Perlu

Asid lemak perlu, asid aplha linoleic (Omega-3) dan asid linoleic (Omega-6) adalah lemak yang perlu diambil melalui diet seseorag kerana badan tidak dapat menghasilkannya. Mereka penting kerana terlibat dalam beberapa fungsi utama badan seperti pengeluaran tenaga, membakar lemak, dan perkembangan sistem otot saraf, regulasi mood, metabolisme insulin, pengeluaran hemoglobin dan lain-lain. Selain itu, lemak ini memiliki sigat yang menarik seperti sifat anti-lipolitic (pencegahan tambahan kalori disimpan sebagai lemak), pengurangan alahan, dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Dimana Boleh Dapatkan Asid Lemak Perlu?

Salmon dan minyak flex seed adalah tinggi kandungan Omega-3. Manakala Omega-6 senang didapati seperti di dalam telur kuning, roti gandum.

Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air yang meningkatkan sistem kekebalan badan anda dan membantu anda lebih cepat pulih dari latihan dengan menekan jumlah kortisol yang dilepaskan oleh badan selama latihan. Kajian menunjukkan bahawa jika mengambil vitamin C 1000mg sebelum latihan akan mengurangkan rasa sakit otot dan mempercepatkan pemulihan selepas latihan. Ambillah 3000mg setiap hari.

Chromium Picolinate

Chromium picolinate adalah mineral yang boleh meningkatkan kesan daripada insulin, hormon yang mendorog asid amino dan karbohidrat ke dalam sel otot. Seperti yang diketahui semua, insulin adalah salah satu hormon anabolik di dalam tubuh. Ia menentukan apakah makanan yang anda makan akan digunakan untuk peneluaran otot, pengeluaran tenaga atau pengeluaran lemak. Ketika insulin dikeluarkan dalam tahap sederhana, ia membantu pembinaan otot dan pengeluaran tenaga. Pada tahap berlebiha, ia meningkatkan simpanan lemak. Chromium picolinate membantu mengubah keupayaan insulin untuk menghasilkan otot dan tenaga dengan membuat sel-sel dalam badan lebih kepada penerimaan hormon ini, dengan kata lain, meningkatka sensitiviti insulin. Dengan demikian, ia mungkin membantu anda untuk mendapatkan otot dan kehilangan lemak yang lebih cepat bila insulin mampu memberikan nutrisi yang diinginkan ke sel otot. Kromium juga dapat menjaga kadar gula darah yang stabil sehingga mencegah tahap insulin dari cukup tinggi untuk mengarah ke simpanan lemak. Sekali lagi, kromium hanya bekerja jika kita mengikut diet yang tepat.

(Topik akan datang, saya cuba masukkan cara pengambilan)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini