Malaysia No 1 Dunia Dalam Industri Kecergasan Aug19

Kongsi

Malaysia No 1 Dunia Dalam Industri Kecergasan

Siapa kata Malaysia ketinggalan 30 tahun dalam bidang kecergasan? dalam bidang sains sukan? Saya pernah terbaca beberapa artikel suatu ketika dahulu yang mengatakan negara kita ketinggalan dalam bidang kecergasan berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Mereka ada jutaan kajian, ribuan ilmuan yang saban hari mengkaji cara melakukan senaman, bagaimana hendak membakar lemak dengan lebih cepat, mengkaji rahsia-rahsia diet dan sebagainya. Mereka ada badan-badan khas yang mengesahkan sesuatu kajian, mengiktiraf jurulatih-jurulatih dan sentiasa memperbaharuinya. Mereka ada American College of Sport Medicine (ACSM), mereka ada American Council on Exercise (ACE) dan sebagainya.

NASC 2015

Malaysia berganda-ganda lebih hebat. Kita dah mencapai tahap negara terlampau maju. Kalau disana perlu bersenam, di Malaysia tak perlu bersenam. Kita ada pelbagai jenis teknologi. Tanpa senaman, badan boleh sihat. Tanpa senaman, boleh bakar lemak. Kenapa perlu bersusah payah untuk bersenam? Di Malaysia;

1. Kita ada koyok. Tampal koyok boleh kurus. Lemak ditarik keluar daripada kulit. Bila buka koyok, tengok berledir. Kata mereka, ‘lemak ditarik keluar’
2. Kita ada sauna kotak. Duduk dalam kotak itu dah boleh kurus. Kata mereka, ‘sauna ni sama seperti bersenam, kenapa perlu bersenam?’. Kalau di luar sana, sauna kotak tersenarai antara 10 produk paling bodoh di dunia tetapi di Malaysia, sauna produk terbaik.
3. Kita ada krim ajaib, krim pati halia dan sebagainya. Sapu terus kurus dalam masa lima minit. Walaupun lemak mengambil masa yang lama untuk terbina tetapi boleh dihilangkan dalam lima minit.
4. Kita ada teknologi batu gunung berapi, magnet hitam dan sebagainya. Pakai gelang pun badan boleh sihat. Kenapa perlu bersusah payah bersenam dan sebagainya. Jumpa sahaja AC Mizal. Dia boleh bantu.
5. Kita ada korset untuk kurus. Korset memberi badan yang ramping seperti kerengga dan lagi hebat boleh mencegah kanser. Tak perlu daftar di mana-mana gymnasium. Cukuplah sekadar beli Premium Beauty.
6. Kita ada pil daripada alam lain. Telan pil boleh mendapat badan langsing seperti model. Teringin nak jadi ratu cantik?
7. Kita ada pusat pelangsingan. Kenapa perlu susah-susah sertai kelas aerobik? Marilah ke pusat pelangsingan, balut badan dengan plastik, urut dan segala macam di sana. Tetapi ingat, lepas pukul 4 tak boleh makan.
8. Kita ada pelbagai jenis minuman. Kita ada JM5, ada SD2, dan pelbagai lagi. Kenapa perlu susah payah jaga makan. Marilah beli, 1 tin tak sampai beribu. Sebulan pakai 4 tin sahaja.
9. Kita ada pelbagai jenis jamu. Tak susah mencari. Dimerata-rata ada. Singgahlah di chow kit.
10. Kita ada mesin elektrostatik. Tak perlu mencari maut dengan baring di atas landasan keretapi. Cukuplah sekadar keluar duit belasan ribu. Aliran darah pun boleh jadi lancar. Jumpalah Dr Jism.

Jadi siapa kata Malaysia ketinggalan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini