Malaysia No 1 Dunia Dalam Industri Kecergasan

Siapa kata Malaysia ketinggalan 30 tahun dalam bidang kecergasan? dalam bidang sains sukan? Saya pernah terbaca beberapa artikel suatu ketika dahulu yang mengatakan negara kita ketinggalan dalam bidang kecergasan berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Mereka ada jutaan kajian, ribuan ilmuan yang saban hari mengkaji cara melakukan senaman, bagaimana hendak membakar lemak dengan lebih cepat, mengkaji rahsia-rahsia diet dan sebagainya. Mereka ada badan-badan khas yang mengesahkan sesuatu kajian, mengiktiraf jurulatih-jurulatih dan sentiasa memperbaharuinya. Mereka ada American College of Sport Medicine (ACSM), mereka ada American Council on Exercise (ACE) dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024

Malaysia berganda-ganda lebih hebat. Kita dah mencapai tahap negara terlampau maju. Kalau disana perlu bersenam, di Malaysia tak perlu bersenam. Kita ada pelbagai jenis teknologi. Tanpa senaman, badan boleh sihat. Tanpa senaman, boleh bakar lemak. Kenapa perlu bersusah payah untuk bersenam? Di Malaysia;

1. Kita ada koyok. Tampal koyok boleh kurus. Lemak ditarik keluar daripada kulit. Bila buka koyok, tengok berledir. Kata mereka, ‘lemak ditarik keluar’
2. Kita ada sauna kotak. Duduk dalam kotak itu dah boleh kurus. Kata mereka, ‘sauna ni sama seperti bersenam, kenapa perlu bersenam?’. Kalau di luar sana, sauna kotak tersenarai antara 10 produk paling bodoh di dunia tetapi di Malaysia, sauna produk terbaik.
3. Kita ada krim ajaib, krim pati halia dan sebagainya. Sapu terus kurus dalam masa lima minit. Walaupun lemak mengambil masa yang lama untuk terbina tetapi boleh dihilangkan dalam lima minit.
4. Kita ada teknologi batu gunung berapi, magnet hitam dan sebagainya. Pakai gelang pun badan boleh sihat. Kenapa perlu bersusah payah bersenam dan sebagainya. Jumpa sahaja AC Mizal. Dia boleh bantu.
5. Kita ada korset untuk kurus. Korset memberi badan yang ramping seperti kerengga dan lagi hebat boleh mencegah kanser. Tak perlu daftar di mana-mana gymnasium. Cukuplah sekadar beli Premium Beauty.
6. Kita ada pil daripada alam lain. Telan pil boleh mendapat badan langsing seperti model. Teringin nak jadi ratu cantik?
7. Kita ada pusat pelangsingan. Kenapa perlu susah-susah sertai kelas aerobik? Marilah ke pusat pelangsingan, balut badan dengan plastik, urut dan segala macam di sana. Tetapi ingat, lepas pukul 4 tak boleh makan.
8. Kita ada pelbagai jenis minuman. Kita ada JM5, ada SD2, dan pelbagai lagi. Kenapa perlu susah payah jaga makan. Marilah beli, 1 tin tak sampai beribu. Sebulan pakai 4 tin sahaja.
9. Kita ada pelbagai jenis jamu. Tak susah mencari. Dimerata-rata ada. Singgahlah di chow kit.
10. Kita ada mesin elektrostatik. Tak perlu mencari maut dengan baring di atas landasan keretapi. Cukuplah sekadar keluar duit belasan ribu. Aliran darah pun boleh jadi lancar. Jumpalah Dr Jism.

Jadi siapa kata Malaysia ketinggalan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Malaysia No 1 Dunia Dalam Industri Kecergasan

  1. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, ayat power nampak kat atas..?hehehhehe

      1. tempias2 la. insaf dah..ehehe..

  2. kita ada puasa.. bulan ramadan nih ada orang berpuasa sebab nak kuruskan badan, lepas tu komplen tak kurang2 berat walaupun dah 2 minggu puasa. haha

    1. puasa tu cam x kena, pasal negara lain pun ada puasa, tp kalau puasa utk kuruskan bdn tu kena. 😀

  3. inila mine set warga negara kita…men dgr jea kata2 kawan tanpa buat study n bertanya pd yg bertauliah ..jumpa kawan A ikut cara kawan A then xjadi…then bila jumpa kawan B ikut cara B masih lg xjd..then bila jumpa C len pula caranya..kepala pn mula pening…badan xjadi2 then jumpa org baru yg baru nak belajar bukan men memberi ilmu yg bukan2 n kolot…laz2 sama2 xjadi…in the end mcm2 alasan yg biberi konon2 supplement yg d pakai bukan brand yg bagus la, cara angkat besi salah la..bla…bla…bla….padahal badan mereka sendiri langsung x brubah….huhuhu…ckp pn ssh…

  4. nur_fatihah says:

    hahaha, terbaik dato

  5. wow…tepat,padat dan melekat….padu sekali penangan nie tuan..br mereka tau…nak sihat makin parah..duit keluar beribu riban tp hasil menambahkan penyakit..sampai bila la benda nie nak jd..klu blh tuan olah dgn lebih lg..huhu…

  6. mcm2 ada di negara Malaysia ni

    mineral telaga sakti yg boleh ubat pelbagai penyakit, ECPI
    jus kulit buah utk sejuta penyakit. monavie, lepas ni ada jus kulit durian plak kut

  7. fuhhh….terbaek la datok!!!tersenyum dr rozmey bace nh…hahaha

  8. hahahaha! headshot satu kali! good entry bro…

  9. haha buat kerja penat/training la baik.sihat juga untuk jantung.jgn harap benda2 yang mengarut.mcm tak logik.lepas ni duduk dalam peti ais sejam boleh hilangkan lemak kot….. : D

  10. mohd zaki says:

    Kapowww..kaw2 punye perli tuan hahahaaa.

    Terbaikkk.

Leave a Reply to din Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: