Masa Terbaik Bersenam

Bila masa terbaik untuk bersenam? Ada yang kata seawal pagi. Ada yang kata petang. Buat masa ini, tiada bukti jelas menuntukkan kalori terbakar lebih banyak di masa tertentu dalam sehari. Cuma masa-masa tertentu boleh jadi pencetus semangat untuk seseorang. Pilih waktu yang anda bersemangat untuk bersenam dan boleh menjadikannya habit.Kursus Kecergasan 2024Ada kajian menunjukkan senaman pagi lebih mudah jadi habit. Tambah rasa tak selesa pada diri sepanjang hari jika tak bersenam. Senaman yang berjadual mampu bantu anda atasi masalah insomnia atau sukar tidur. Senaman mengurangkan adrenaline dan cortisol, serta meningkatkan endorphin yang mana memudahkan seseorang itu tidur. Kekadang yang menjadikan sukar tidur adalah disebabkan pengambilan makanan tambahan seperti fat burner, preworkout dan sebagainya.

Tak kira bila, katakan free hanya jam 10 malam. Lebih baik bersenam daripada tak bersenam.Senaman Malam

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Masa Terbaik Bersenam

  1. Salam,

    Macam saya cuma ade mase 8PM-9.30PM setiap hari Isnin-Jumaat untuk bersenam.. dah mase bersenam badan agak lesu dan banyak menguap sebab penat kerja.. tp lepas bersenam, badan jadi segar sampai bawak ke susah nak tido (insomnia).. skang ni saya cuma tido dalam 5-6 jam sehari.. nk tukar jadual mmg x dapat sebab mase kerja mmg fix.. ade x cara lain yg boleh buat senang tido lepas bersenam?

    Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: