Tidur Dec25

Kongsi

Tidur

Teringat kisah salah sorang kawan baik saya, masa zaman kanak-kanak dulu, ada ibu bapa yang bacakan buku kartun untuk anak-anak supaya mudah tidur. Tapi kawan saya ini, ibu bapa dia bacakan buku biomechanic untuk dia tidur. :D. Kenapa kita perlu tidur atau rehat?

Dalam sehari kita makan setiap 3 jam untuk memastikan kadar metabolisme badan sentiasa dalam keadaan tinggi dan juga untuk memastikan kita tidak berada dalam catabolic state. Apa itu catabolic state? Ia adalah keadaan di mana badan kita mula membakar otot sebagai sumber tenaga. Bagaimana pada waktu malam, kita tidur 6 hingga 8 jam, badan kita juga akan cecah tahap catabolic. Bagaimana untuk mencegah diri kita dari mencecah tahap catabolic ini?

Antara cara mudah, boleh menggunakan makanan tambahan protein tinggi kandungan casein. Apa kegunaan casein? Untuk melambatkan menyerapan protein. Jadi boleh maintain protein selama 8 jam di dalam sistem percernaan.

NASC 2015

Apa yang berlaku bila kita tidur? Badan kita akan mulakan operasi untuk memperbaik tisu-tisu yang dah rosak, mungkin disebabkan aktiviti-aktiviti fizikal di siang hari. Masa tidur kita dipanggil post-absorptive period. Apa itu post-absorptive period ini? Semasa kita memulakan hari kita di waktu pagi, kita panggil post-prandial period. Badan akan menyerap dan memproses semua nutrien sehingga mencecah tahap keperluan asas glukosa dan tenaga, yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati. Selepas itu dipanggil post-absorptive period. Badan kita akan berada dalam post-absorptive period yang lama ketika kita tidur.

Badan akan menggunakan segala simpanan yang ada dalam badan untuk proses membaik pulih otot dan perlu diketahui juga bahawa tidur juga memerlukan tenaga. Tapi kebanyakan orang di Malaysia ini, saya sendiri pun pelik, bila diet, tak makan malam. Bila tak makan malam, sebagai contoh menu terakhir pada jam 6 petang, menu sarapan pagi esoknya pada jam 8 pagi. ada 14 jam kita membiarkan badan craving makanan. Kebiasaan selepas 3 jam badan akan tukar ke catabolic state. Jadi mereka yang tak makan selepas jam 6 petang akan membakar otot-otot mereka. Memanglah nampak kecik lepas diet cara begitu, tapi apa yang kurang? Otot?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini