Masa Membesar
Latihan bebanan menyebabkan microtrauma (koyak kecil di serat otot). Badan akan bertindak balas terhadap kerosakan dengan meningkatkan jumlah kemasukan protein ke dalam otot. Ia akan berterusan sehingga dua hari selepas latihan bebanan. Ini menunjukkan kepentingan protein dalam diet harian. Di Malaysia ini saya lihat, kebanyakan menu makanan, tinggi karbohidrat dan protein sangat rendah. Saya pernah dengar satu cerita, bila makan di kampung, mak seorang ini boleh marah bila tengok anak dia makan lauk lagi banyak dari nasi. :D.
Kadar pembaik pulih dan pembesaran otot dipengaruhi oleh hormon testosteron dan hormon-hormon lain. Latihan bebanan meningkatkan pelepasan hormon-hormon ini ke otot-otot yang memerlukannya. Kebanyakan dadah sukan adalah dari sumber testosteron sintetik yang mana disalahguna untuk meningkatkan testosteron melalui testosteron tambahan daripada luar. Saya akan cuba masukkan topik pasal dadah sukan dalam topik-topik mendatang.
Kadar hipertrofi otot yang terjadi dalam proses membaik pulih otot bergantung pada jenis serat otot yang terlibat. Kadar fast twitch fibre lebih baik dari slow twitch fibre. Mereka yang ada lebih fast twitch fibre akan membesar lebih cepat dan besar. Banyak tak banyak serat ini bergantung pada genetik. Di Malaysia kita boleh lihat perbezaan dari kaum contohnya. Kenapa kaum india banyak yang terlibat dalam larian jarak jauh? Mereka ada lebih slow twitch fiber berbanding fast twitch fiber yang mana baik untuk aktiviti jenis aerobik. Ini bukan bermaksud tidak boleh membesarkan otot cuma antara cepat dan perlahan. Ada faktor-faktor lain yang diambil kira sekali.
Latihan Untuk Pembesaran
Ada hubungan terbalik antara tambah kekuatan dan hipertrofi. Bila mula mengangkat bebanan, otot akan bekerja lebih baik dan menjadi lebih kuat. Namun, badan akan kurang menambah serat otot bila sudah mula menyesuaikan diri dan jika kurang serat otot diransang, semakin sikit pembesaran.
Sebagai contoh, seorang atlet angkat berat, menunjukkan peningkatan kekuatan dalam satu tempoh latihan tetapi kurang peningkatan dalam saiz otot. Ini menunjukkan bahawa latihan kekuatan kurang memberi kesan pada hipertrofi. Latihan kekuatan (1-6 ulangan, 3 set atau kurang) juga menyebabkan hipertrofi tetapi sangat sidikit. Boleh rujuk di muka Latihan Bebanan.
Bebanan besar dengan banyak set (8-12 ulangan, 3 hingga 6 set) menunjukkan hipertrofi yang baik. Beban kerja yang lebih tinggi berkesan mencipta microtrauma disebabkan masa tambahan di bawah ketegangan dan jumlah serat yang direkrut. Bebanan tinggi dengan banyak set menunjukkan peningkatan dalam produksi testosteron dan hormon tumbesaran (growth hormone). Cuma ada satu yang perlu disedari. Bebanan besar dan set yang banyak mungkin cara yang paling cepat untuk menambah otot tetapi jika hanya latih cara begini, badan kita akan cecah tahap yang dipanggil ‘sindrom adaptasi’ yang mana, badan kita sudah membiasakan diri dan menolak perubahan.
Bagaimana untuk elak adaptasi? Saya mencadangkan supaya buat latihan hipertrofi dengan latihan kekuatan sekali. Atau mungkin boleh dibuat dalam nisbah 2:1. Bagaimana? Contoh:
Latihan 1: Hipertrofi Dada dan Bisep
Latihan 2: Hipertrofi Dada dan Bisep
Latihan 3: Kekuatan Dada dan Bisep
Jarak masa antara Latihan mungkin boleh selang 3-4 hari bagi mereka yang aktif atau mungkin 1 minggu bagi mereka yang melatih 1 bahagian badan setiap minggu. Boleh diselangkan dengan
Latihan 1: Hipertrofi Belakang dan Hamstring
Latihan 2: Kekuatan Belakang dan Hamstring
Latihan 3: Hipertrofi Belakang dan Hamstring
Latihan 1: Kekuatan Kaki
Latihan 2: Hipertrofi Kaki
Latihan 3: Hipertrofi Kaki
Latihan 1: Hipertrofi Bahu dan Trisep
Latihan 2: Kekuatan Bahu dan Trisep
Latihan 3: Hipertrofi Bahu dan Trisep
Jumlah Otot
Jumlah otot seseorang boleh dapat dalam 12 minggu latihan adalah berbeza mengikut individu. Jika orang baru, perubahan ketara yang dapat dilihat adalah peningkatan kekuatan. Hipertrofi tidak dapat dilihat pada peringkat awal sehingga minggu ke 6 menurut kajian yang dijalankan oleh Philips pada tahun 1997. Dengan andaian diet yang baik dan latihan yang betul, boleh dapat penambahan otot diantara 2 hingga 5 kg selepas 12 minggu. Tetapi tertakluk juga pada faktor lain seperti penggunaan makanan tambahan dan lain-lain. Jika mereka yang kembali berlatih setelah lama bercuti mungkin akan tambah sehingga 10 kg otot bergantung pada keadaan sebelum dia berhenti berehat dahulu. Bukan apa, sering saya lihat seseorang yang baru main seminggu, bila dalam gym, hari-hari tengok cermin kata ‘badan dah besar’ dan ada juga yang kecewa selepas sebulan main, tak dapat cecah apa yang disasarkan. Adakah anda boleh membesar dengan latihan seminggu?
Topik akan datang saya akan ceritakan bagaimana latihan untuk orang baru, lelaki dan perempuan, samada untuk besarkan otot atau bakar lemak.
I don’t normally comment on blogs.. But nice post! I just bookmarked your site
10q
I am actually not too familiar with this subject but I do care to visit websites for design ideas and entertaining themes. You in reality extended upon a theme that I ordinarily don’t deal much about and made it very intriguing. This is a nice website that I will take note of. I already earmarked it for future credit. Thanks
design by someone.:D
I admire the useful information you provide in your articles. I will bookmark your blog and also have my children check up right here frequently. I’m very certain they’ll discover lots of new things here than anyone else!
salam bro…
nak tny pasal contoh latihan diatas…
maksudnya jadual latihan tu adakah seperti ini?:
Minggu 1:
Isnin-Latihan 1: Hipertrofi Dada dan Bisep
Selasa-Latihan 1: Hipertrofi Belakang dan Hamstring
Khamis-Latihan 1: Kekuatan Kaki
Jumaat-Latihan 1: Hipertrofi Bahu dan Trisep
Minggu 2 pula gunakan latihan yg ke-2…
Minggu 3 gunakan latihan yg ke-3
then ulang2 blk smp dpt kadar hipertrofi yg diinginkan…
salam dato minta ulas seperti yg xombie nyatakan tu..saya pun kurang paham….
utk sistem latihan, cuba baca di
http://strengthsifoo.com/sistem-latihan/
ada dimasukkan hipertrofi dan latihan kekuatan. brapa rep, set, masa rehat
tq dato
tq dato. maksud saya susunan sistem latihan yg dato nyatakan adakah seperti yg dinyatakan oleh xombie tu.
ya, itu contoh yg dimasukkan di atas
salam, sdikit sbnyak soalan/tips2 nk tnye a.zaki
sdikit intro psal sy..
Sy skrg bru msuk 17tahun, tp body mcm budak darjah6.. Tinggi 149cm, berat 40kg..
Nk kte kurus smpai ble rse tulang klu d’sentuh..
Ad x mkanan tmbahan/tips2 senaman/pemakanan untuk tinggi & tambah berat badan..
I hope it very2 much.. Thanks
ada train gym?
Xpenah.. Tp ad buat skit senaman ringan mcm push up ngn gayut…
kalau boleh, cuba start main gym dulu. paling tidak pun ada boost gh, n selera makan. nak harap push up n gayut rasanya cam agak kurang. atau boleh cuba bodyweight training.
Ok.. InsyaAllah i try:)
apa beza hipertrofi & kekuatan contoh:
Latihan 1: Hipertrofi Dada dan Bisep
Latihan 2: Hipertrofi Dada dan Bisep
Latihan 3: Kekuatan Dada dan Bisep
cam na nak buat??xpaham tlong ajar kan
cuba baca entri http://strengthsifoo.com/sistem-latihan/
utk detail lanjut hipertrofi dan kekuatan.
Banyaknya information yang nak diserap.. dato tak terfikir nak tulis buku yang ada semua info2 dalam blog ni ke? mesti ramai orang nak beli :p
Ada cadangan juga.
dato, pos kat web ni cm cedok dr dato punya ayat je https://www.facebook.com/photo.php?fbid=427117384023526&set=a.202016416533625.49863.199825360086064&type=1&relevant_count=1&ref=nf
huhuhuh saya dah kena blok plak dari page tu sbb tanya dia kat komen nape ayat2 dia sama cm zakikhan tapi x di kreditkan..huhuhu xpela..
rasa xdela tiru sepenuhnya. dia mungkin follower dan olah ikut bahasa dia. kalau olah x kisah, cuma ada yg tiru 100% tu yg x patut.
Salam dato. Sy umur 38. Perlu x saya ambil testosteron tambahan utk bina otot. Blh dato sarankan hgh yg natural kt pasaran. Ada yg cadangkan cari kandungan saw palmeto utuk testosteron. Paras testo makin berusia makin menurun..dr apa yg sy search dlm artikel2 kesihatan.
boleh amik testo booster. bila start usia 30, testo akan start drop. cari apa2 brand. ikut dose yg disarankan. dlm masa sama tambah makanan solid yg bantu tingkat testo. saya ada tulis byk entri berkenaan makanan tingkat testo ni.