Memilih Pasangan Sep07

Kongsi

Memilih Pasangan

Kekadang berlatih seorang agak membosankan, kecuali gym ramai perempuan (pada saya la). Pasangan yang baik boleh memotivasikan anda untuk terus berlatih. Bagaimana memilih pasangan atau partner yang sesuai?

NASC 2015

1. Jadual
Pasangan yang baik mesti memiliki jadual latihan yang serupa atau hampir sama dengan masa anda. Bayangkan dah bersemangat nak bersenam pada jam 3 tetapi pasangan sampai jam 4. Mau mengamuk kat gym itu, dengan segala macam supplemen dah telan.

2. Sasaran
Bayangkan seorang nak besarkan badan dan seorang nak kuruskan badan berlatih sama atau seorang berlatih untuk marathon dan seorang berlatih untuk orang kuat, kan tak sama tu. Jika masing-masing menyasarkan bakar lemak, kena jaga masa rehat di antara set. Jangan rehat terlalu lama jika boleh. Jangan terlalu banyak pasangan berlatih. Jika perlu, buat latihan litar, super set dan sebagainya yang boleh mengurangkan masa rehat.

3. Tahap
Memiliki tahap kekuatan dan fizikal yang hampir sama. Janganlah seorang kategori heavy dan seorang kategori fly. Jauh beza itu. Walaupun saiz badan mungkin sama, tetapi seseorang boleh bench press 200kg, seorang lagi 20kg, pun tak kena.

4. Personaliti
Bagi saya personaliti seseorang itu juga penting. Bayangkan seorang yang biasa berlatih secara senyap tiba-tiba berlatih dengan seseorang yang macam kena historia dalam gym, nak menjerit je kerja. Bayangkan juga seseorang yang taknak henti bercakap dan topik pula tak kena dengan jiwa anda, terseksa batin.

5. Saling Bersaing
Carilah pasangan yang saling bersaing untuk lihat siapa yang lebih baik bukan kaki mengelat. Bukan setakat bersaing tetapi saling memberi semangat. Fuh, terbaik!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini