Menangis May23

Kongsi

Menangis

Adalah menjadi kepercayaan bahawa menangis adalah satu terapi dan juga sebaliknya. Randoplh Cornelius (1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa menangis dianggap sebagai cara yang penting untuk melepaskan ketegangan fisiologi sehinggakan jika tidak dibebaskan berkemungkinan menjadi penyebab penyakit.

Dari perspektif biologi terdapat tiga jenis air mata iaitu ‘basal air mata’ yang berterusan dan melumasi mata, ‘air mata refleks’ terjadi ketika kita memotong bawang atau menerima pukulan ke mata, dan ‘air mata emosional’ disebabkan psikologi. Frey, Desota-Johnson, Hoffman dan McCall (1981) mengkaji tentang perbezaan antara komposisi biokimia air mata emosional dibandingakan dengan air mata iritasi. Kepekatan protein air mata emosional adalah 24% lebih besar dari air mata iritasi. Protein kompleks air mata secara emosional adalah mereka yang terlibat dalam respon tekanan. Frey mencadangkan bahawa air mata melakukkan semacam katarsis fizikal, mengeluarkan racun dari badan.

Katarsis fisiologi dicadangkan oleh Efran dan Spangler (1979). Setelah tempoh hiperakivitas sistem saraf simpatik, menangis adalah sebahagian daripada kesan pembalikan parasimpatis di mana air mata berfungsi untuk meluahkan keghairahan. Bukti-bukti menunjukkan sendikit manfaat fisiologi dari segi emosional atau mungkin sebaliknya.

Menangis mengurangkan tekanan. Manusia menangis dengan pelbagai alasan. Sebahagian besar kita menangis ketika kita sedih. Namun air mata juga mengalir bila mana kita bahagia.

Mengapa Menangis Itu Bagus?

– Ia mengurangkan ketegangan
– Membentuk komunikasi berkesan
– Menyampai rasa cinta
– Meluahkan perasaan
– Merasa lebih baik selepas menangis, emotional yang stabil
– Membersihkan mata dari kotoran
– Mengurangkan tekanan darah bilamana bebas dari tekanan, tahap tekanan darah menurun

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube