Menetapkan Matlamat Feb11

Kongsi

Menetapkan Matlamat

Bagaimana menetapkan matlamat? Topik ini diolah kembali atas permintaan seseorang. Bagaimana menentukan matlamat dalam kecergasan? Adakah anda tahu matlamat anda? Bila ditanya, “saya taknak otot”. Kalau taknak otot, nak lemak? Biasanya dalam mengenal pasti matlamat seseorang, saya suruh pilih daripada gambar.

Pilihan untuk perempuan

Pilihan untuk perempuan

Choice1

Pilihan untuk lelaki

Jarang-jarang kita dengar, seseorang datang ke gim untuk sihat. Siapa? Andakah yang datang ke gim untuk sihat? Mereka yang datang ke gim untuk sihat biasanya selepas diarahkan doktor. “Anda ada 6 bulan lagi untuk hidup jika tidak bersenam”.

Bila dah kenal pasti sasaran, tetapkan sasaran dalam bentuk angka.

“Nak turunkan berat badan 30kg”
“Nak naikkan berat badan 50kg”
“Nak besarkan bicep ke 25 inci”
“Nak tambah squat ke 250kg 1 ulangan maksima”

NASC 2015

Bila dah ada angka, tetapkan jangka masa pula.

“Nak turunkan 10kg dalam masa 3 bulan”
“Nak tambah kekuatan deadlift ke 250kg pada bulan 1 Jun 2015”
“Nak capai masa larian 10km dalam masa 45 minit menjelang Larian Penang Bridge”
“Nak kurangkan 15 peratus lemak dalam masa 3 bulan”

Sasaran biar munasabah. Logik jika kata nak turunkan berat 1 hingga 2kg seminggu. Jadi tak logik jika nak turunkan berat 5kg seminggu. Tak logik juga jika kata nak tambah 5kg dalam masa 5 hari.

Tuliskan sasaran anda. Lebih baik jika ada board di hadapan katil. Bangun tidur, nampak sasaran dan tujuan anda hari itu. Boleh juga letak sesuai sebagai ganjaran. Contohnya, gantung baju size S. “Bila la dapat pakai ni”. Ganjaran offday makan benda yang diingini sebulan sekali. Bukan selang sehari.

Baca juga
Makanan Tambahan Patut Diambil?
Latihan untuk Orang Baru
Pelan Pemakanan

Saya harap sedikit sebanyak olahan saya ini dapat diterima dan digunakan. Semoga berjaya.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini