Menetapkan Matlamat

Memulakan kembali senaman?

“Arggh…susahnya, malasnya”

Pernahkah anda alaminya? atau mungkin sedang mengalaminya. Sebulan rehat gara-gara berpuasa. Nak masuk gim pun malas. atau pun, mungkin badan raya tak jadi-jadi. :). Bagaimana memulakannya kembali?

Hari ini, saya nak bercerita tentang asas memulakan sesuatu. Bagaimana?

Matlamat:

Nak memulakan, kena ada matlamat jelas. Cuma lihat contoh di bawah;

“Hari ini nak mula bersenam kembali”
“Nak bersedia untuk pertandingan”
“Nak dapatkan potongan model”
“Nak turunkan 20kg”

Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan orang gagal kerana meletakkan matlamat yang tidak jelas. Matlamat secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu matlamat jangka masa panjang dan pendek.Kursus Kecergasan 2024

Contoh matlamat jangka masa panjang yang jelas;

“Saya ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg dalam masa 3 bulan bermula hari dan saya akan memakai baju kebaya saiz S”
“Saya menyasarkan membuat angkatan deadlift seberat 300kg untuk 1 ulangan maksima dalam jangka masa 3 bulan bermula hari ini”

Matlamat perlu realistik. Matlamat jadi tidak realistik jika hari ini membuat angkatan maksima 90kg untuk deadlift tetapi menyasarkan angkatan 300kg tiga bulan lagi. Perbezaan berat yang agak tidak munasabah. Kenal pasti samada matlamat itu logik atau tidak. Secara amnya, logik jika kita kata menambah bebanan untuk bahagian bawah badan sebanyak 10 pound seminggu atau lebih sedikit dan 5 pound seminggu untuk bahagian atas badan. Jadi kalau angkatan sekarang 90kg, dalam tempoh 3 bulan mungkin boleh sasar tambahan 120 pound.

Matlamat jangka masa pendek juga penting. Ia berkait rapat dengan hubungan minda dan badan. Contohnya, hari ini sasar angkatan berapa? hari ini sasar kelajuan berapa? hari ini sasar berapa kilometer? dan sebagainya. Nak lebih baik, set minda anda sebelum tidur, “esok nak buat deadlift 400kg”. Apa yang disasarkan akan jadi seperti doa, menarik cas-cas positif untuk buat angkatan tersebut.

Kedua-dua matlamat perlu ditulis. Saya ulang, “ditulis”. Tulis dalam buku log anda. Masih tiada buku log sehingga kini? Bandingkan sasaran dan hasilnya. It’s a dream, until you write it down and then its a goal. Ops, tulis atas kertas, bukan di wall facebook.

 

Matlamat

Ilmu:

Apabila matlamat telah jelas, dapatkan ilmu bagaimana nak capai matlamat tersebut. Ada pelbagai kaedah boleh dipakai. Paling afdal dengan berguru. Jika tidak, banyakkan bacaan. Banyakkan bertanya di gim. Cuma jangan sampai terlebih tanya, kang kena lepuk. Orang nak training, dia asyik ajak bercakap.

Usaha:

Usaha ke arah sasaran yang diinginkan. Anda perlu percaya pada apa anda buat untuk memastikan anda percaya. You have to believe in what you are doing.

smart goal setting concept

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: