Kesihatan Mental

Bagaimana mendapat hasil optimum dari latihan anda? Antara elemen penting yang perlu diambil kira adalah keadaan mental. Pernah tak korang mengalami saat di mana korang mencari kunci kereta atau motor dalam keadaan kelam kabut mungkin dah lambat nak ke tempat kerja tapi tak jumpa-jumpa dan tak dapat mengingati di mana letaknya kunci itu, selepas beberapa minit baru sedar yang kunci itu anda di tangan.

Kekaburan mental atau kekabutan otak adalah sesuatu yang berlaku biasanya ketika memulakan diet rendah karbohidrat. Ada yang jadi kerap, ada yang kurang. Kita menghabiskan sebahagian masa untuk melatih badan tetapi kurang yang memastikan otak berada dalam keadaan yang baik juga.Kursus Kecergasan 2024

Makan Kacang Almond

Kacang mengandungi lemak yang baik yang mana boleh diambil dalam diet harian. Ianya memastikan kadar hormon berada pada tahap optimum untuk memastikan kelancaran fungsi fisiologi badan. Almond dapat meningkatkan memori seseorang.

Campurkan Creatine Dengan Jus Epal

Kebanyakan yang menggunakan creatine, mencampurkan dengan air kosong atau air buah. Mencampurkan creatine dengan air buah atau glukosa boleh meningkatka kadar diantar ke otot-otot yang memerlukan. Pilihan yang terbaik adalah jus epal.

Jus epal mengandungi asetilkolin. Asetilkolin adalah satu neurotransmitter di kedua-dua sistem saraf periferi dan sistem saraf pusat. Asetilkolin adalah salah satu daripada neurotransmitter pada sistem saraf autonomi dan neurotransmitter digunakan dalam sistem saraf somatik. Bagi yang tidak menggunakan creatine, makanan daging merah juga mengandungi creatine dan boleh ambil jus epal secara berasingan.

Tidur

Tidur yang mencukupi meningkatkan kecerdasan otot. Ia memainkan peranan penting untuk keupayaan berfikir, mengingat dan memproses maklumat. Masa tidur yang terbaik adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.

Kurangkan Tekanan

Tekanan akan menyebabkan badan merembes kortisol berlebihan. Kortisol ini akan meningkatkan lemak di badan. Tekanan juga boleh melemahkan daya ingatan. Banyak cara boleh mengurang tekanan, rehatkan diri di spa, pergi bercuti, mencari satu hobi dan pelbagai lagi terpulang pada individual.

Jangan Makan

Selama ini saya asyik suruh makan tetapi sekali skala eloklah berpuasa. Kalau dalam Islam kita digalakkan puasa sunat itu bersebab. Puasa membantu untuk membersihkan dan mendetoksifikasi badan sehingga membantu kesihatan otak kita. Ia juga membantu menghilangkan emosi negatif seperti marah, sedih, bimbang, takut yang mana semuanya menjadi beban kepada mental.

Tidak perlu puasa untuk satu tempoh yang lama, cukup sekadar satu hari. Dan puasa untuk satu hari tidak akan terus menyebabkan otot merosot.

Buat Senaman Otak

Badan kita memerlukan senaman yang teratur, begitu juga otak kita. Sama seperti otot, jika kita tidak guna otot itu, otot akan kurang, begitu juga dengan otak, jika kita tidak guna, kecekapannya akan kurang. Latihan mental meningkatkan memori seseorang. Antara latihan mudah untuk mental seperti main scarbble, teka teki, permainan strategi di komputer dan lain-lain.

Meditasi

Bermeditasi atau melakukan aktiviti rohani keagamaan. Setiap agama mengajar cara untuk meditasinya. Macam dalam Islam, paling mudah adalah dalam solat, berwirid. Meditasi meningkatkan kemampuan memori kita. Meditasi juga membantu merendahkan tekanan darah, merendahkan kadar nadi dan mengurangkan ketegangan otot.

Kurangkan Gula

Rasanya semua tahu jika hendak mengoptimumkan komposisi badan, gula harus dikurangkan sebaik mungkin. Gula berlebihan akan menyebabkan lonjakan dalam insulin. Gula yang berlebihan ini akan ditukarkan ke dalam bentuk lemak. Bukan cakap gula tak perlu, tapi kebanyakan dari kita rasanya terlebih gula. Seperti contoh dalam gymnasium sendiri, pernah tengok tak orang yang training 1 jam tapi minum air 100 plus 4 tin? Walaupun 100 plus termasuk kategori isotonik yang bagus tapi perlu diingatkan gula tetap gula.

Keadaan bila mana berlaku lonjakan insulin, gula dalam darah mula rendah dan menyebabkan bekalan glukosa ke otak tidak mencukupi yang mana boleh menyebabkan kehilangan ingatan, claustrophobia dan mudah mengantuk.

Tukar ke Fiber

Bila kita makan makanan tinggi fiber, kita juga boleh mendapatkan lesitin yang lebih tinggi yang mana membantu mencegah arteri daripada mengeras. Jika arteri mula mengeras kita akan rasa pengurangan dalam fungsi mental.

Jangan Mengelak Makan Malam

Kebanyakan dari kita sudah disetkan dalam minda bahawa makan malam menyebabkan kegemukan. Dari mana kita dapat info itu? Dari majalah. Majalah akan tulis apa sahaja untuk melakukan majalah tersebut. Ada majalah yang elok, ada yang merapu. Jumlah makanan sehari dikira dari masa kita berjaga ke kita tidur. Jika kita memerlukan 2000 kalori sehari, bahagikan ke 6-8 menu sehari termasuk makan malam. Makan malam kalori berlebihan yang boleh menyebabkan gemuk. Jika masih dalam keperluan kalori sehari, tidak perlu takut.

Makan apa di waktu malam? Pilihlah makanan tinggi kandungan protein dan fiber yang mana sebenarnya membantu tidur yang lebih baik, mengurangkan tekanan dan memperbaik fungsi otak.

Seks

Rasanya ramai yang tidak mengelak daripada hubungan seks. Seks juga berfungsi menguatkan otak kita. Apabila seseorang itu kreatif seksual, ia akan meningkatkan imajinasi di siang hari yang mana secara tak langsung meningkatkan prestasi otak. (Hanya untuk mereka yang sudah berkahwin)

Vitamin B Kompleks

Vitamin B kompleks memprosikan cara berfikir yang sihat. Boleh ditemui dalam sayuran, biji-bijian, hati, kentang, tuna dan lain-lain.Selain menyokong otak yang sihat, ia juga akan mengoptimumkan metabolisme, menjaga kesihatan kulit dan otot, meningkatka sistem imunisasi badan dan meningkatkan pertumbuhan sel. Kurangkan pengambilan makanan tinggi kanji kerana ia boleh mengurangkan kandungan vitamin B kompleks dari tubuh kita.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

4 thoughts on “Kesihatan Mental

  1. Excellent article and easy to understand explanation. How do I go about getting permission to post part of the article in my upcoming news letter? Giving proper credit to you the author and link to the site would not be a problem.

  2. Zaki Khan says:

    sure. credit to my blog

  3. I admire the useful facts you offer inside your articles. I will bookmark your weblog and also have my children verify up here often. I’m very sure they’ll learn a lot of new things right here than anybody else!

Leave a Reply to buy cheap kaspersky antivirus 2010 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: