Menu Tipu Jun08

Kongsi

Menu Tipu

Adakah diet anda sempurna sepanjang masa?
24 jam menjaga pemakanan?

NASC 2015

Kebiasaannya mereka yang benar-benar inginkan hasil, mungkin disebabkan sesuatu sebab akan menjaga hampir 100 peratus dietnya dengan harapan diet yang diamalkan berkesan. Fakta yang perlu diketahui sebelum memulakan program diet samada untuk membakar lemak, membina otot, diet yang sempurna sepanjang masa akan menyebabkan badan menyesuaikan diri dan dengan demikian akan menurunkan metabolisme. Terdapat dua cara untuk elakkan:

Kitaran Kalori
Kaedah ini memerlukan anda meningkatkan kalori sekali dalam seminggu paling kurang. Sumber kalori yang elok adalah daripada karbohidrat. Masa yang baik untuk tambah kalori adalah selepas latihan. Penambahan kalori adalah daripada sumber yang baik, tidak seperti menu tipu.

Menu Tipu
Memperkenal menu tipu atau cheat meal dalam diet anda sekurang-kurang seminggu sekali. Menipu satu menu bukan bermaksud satu hari melainkan jika anda menyasarkan rehat untuk acara seperti perayaan untuk tempoh sehari. Menipu menu sehari akan menyebabkan badan sukar untuk membakar kalori berlebihan yang diambil yang mana mungkin mengambil masa seminggu untuk bakarnya. Manakala menipu satu menu, boleh membantu tingkatkan metabolisme badan dan dalam masa sama mengurangkan keinginan terhadap sesuatu makanan itu. Walau bagaimana pun, belum ada kajian lengkap menunjukkan kaitan menu tipu dan kehilangan berat badan lagi.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini