Mesin Smith Jan19

Kongsi

Mesin Smith

Salah satu debat yang tak pernah habis adalah mesin dan bebanan bebas, yang mana lebih baik?. Saya sudah bincangkan secara am berkenanaan mesin dan bebanan bebas di entri Bebanan Bebas VS Mesin. Bagaimana pula dengan mesin smith?

NASC 2015

Mesin smith boleh dikatakan terletak di antara kedua-dua, mesin dan bebanan bebas, yang mana boleh dirasakan penggunaan barbell yang lebih stabil. Ramai yang kata mereka boleh mengangkat bebanan yang lebih menggunakan mesin smith.

Kajian yang dijalankan oleh Des Moines dan Iowa dari Drake University menunjukkan ulangan maksima 32 orang terlatih untuk bench press menunjukkan perbezaan 16 peratus lebih bebanan pada mesin smith manakala 4 peratus lebih untuk squat. Peningkatan kekuatan adalah disebabkan pergerakan tetap yang dilakukan dan tidak memerlukan badan untuk menstabilkan bebanan.

Jadi secara tidak langsung penggunaan mesin smith akan mengurangkan penggunaan otot penstabil (stabilizer), tetapi dalam masa sama akan fokus lebih pada otot sasaran.

Bagaimana dengan pengaktifan otot? Ramai yang kata latihan dengan bebanan bebas akan mengaktifkan lebih banyak otot disebabkan ketidak stabilan bebanan. Menurut kajian, tiada perbezaan dalam pengaktifan otot bagi kebanyakan pergerakan.

http://journals.lww.com/nsca-jscr/Abstract/2010/03000/A_Comparison_of_Muscle_Activation_Between_a_Smith.26.aspx

Abstract

Schick, EE, Coburn, JW, Brown, LE, Judelson, DA, Khamoui, AV, Tran, TT, and Uribe, BP. A comparison of muscle activation between a Smith machine and free weight bench press. J Strength Cond Res 24(3): 779-784, 2010-The bench press exercise exists in multiple forms including the machine and free weight bench press. It is not clear though how each mode differs in its effect on muscle activation. The purpose of this study was to compare muscle activation of the anterior deltoid, medial deltoid, and pectoralis major during a Smith machine and free weight bench press at lower (70% 1 repetition maximum [1RM]) and higher (90% 1RM) intensities. Normalized electromyography amplitude values were used during the concentric phase of the bench press to compare muscle activity between a free weight and Smith machine bench press. Participants were classified as either experienced or inexperienced bench pressers. Two testing sessions were used, each of which entailed either all free weight or all Smith machine testing. In each testing session, each participant’s 1RM was established followed by 2 repetitions at 70% of 1RM and 2 repetitions at 90% of 1RM. Results indicated greater activation of the medial deltoid on the free weight bench press than on the Smith machine bench press. Also, there was greater muscle activation at the 90% 1RM load than at the 70% 1RM load. The results of this study suggest that strength coaches should consider choosing the free weight bench press over the Smith machine bench press because of its potential for greater upper-body muscular development.

Manakala kajian yang dijalankan menggunakan electomyography menunjukkan tiada perbezaan dari segi pengaktifan otot tetapi menunjukkan EMG yang lebih tinggi, 43 peratus pada squat menggunakan bebanan bebas berbanding squat menggunakan mesin smith. Kajian ini secara amnya menunjukkan aktiviti otot.

http://journals.lww.com/nsca-jscr/Abstract/2009/12000/A_Comparison_of_Free_Weight_Squat_to_Smith_Machine.23.aspx

Abstract

Schwanbeck, S, Chilibeck, PD, and Binsted, G. A comparison of free weight squat to smith machine squat using electromyography. J Strength Cond Res 23(9): 2588-2591, 2009-The purpose of this experiment was to determine whether free weight or Smith machine squats were optimal for activating the prime movers of the legs and the stabilizers of the legs and the trunk. Six healthy participants performed 1 set of 8 repetitions (using a weight they could lift 8 times, i.e., 8RM, or 8 repetition maximum) for each of the free weight squat and Smith machine squat in a randomized order with a minimum of 3 days between sessions, while electromyographic (EMG) activity of the tibialis anterior, gastrocnemius, vastus medialis, vastus lateralis, biceps femoris, lumbar erector spinae, and rectus abdominus were simultaneously measured. Electromyographic activity was significantly higher by 34, 26, and 49 in the gastrocnemius, biceps femoris, and vastus medialis, respectively, during the free weight squat compared to the Smith machine squat (p < 0.05). There were no significant differences between free weight and Smith machine squat for any of the other muscles; however, the EMG averaged over all muscles during the free weight squat was 43% higher when compared to the Smith machine squat (p < 0.05). The free weight squat may be more beneficial than the Smith machine squat for individuals who are looking to strengthen plantar flexors, knee flexors, and knee extensors.

Kajian demi kajian menunjukkan bebanan bebas lebih baik dari segi penggunaan otot penstabil manakala mesin smith lebih baik daripada lebihan bebanan yang boleh diangkat. Terdapat juga kajian menunjukkan keburukan mesin smith sehingga Charles Polequin pernah berkata, ‘siapa yang mencipta mesin smith patut dimasukkan ke penjara’. Kedua-duanya ada risiko kecederaan tersendiri. Mesin smith memberi risiko pada pergelangan tangan di mana seseorang perlu memusingkan bar tersebut untuk mengeluarkannya daripada tempat simpanan. Dari segi pengaktifan otot, tiada perbezaan bagi kebanyakan pergerakan.

Pemilihan jenis latihan bergantung pada sasaran anda. Kebanyakan atlet seperti pemain bola keranjang, bola sepak, squash dan sebagainya lebih memerlukan latihan menggunakan bebanan bebas yang mana kebanyakan pergerakan dalam sukan melibatkan kestabilan otot di sendi glenohumeral. Walau apa pun tujuan anda, pelbagaikan jenis latihan. Tidak salah buat kelainan.

ZK: Ingin rasa kelainan pada latihan? Cuba buat squat menggunakan mesin smith dahulu dan kemudian ke bebanan bebas.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini