Migrain

Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.

Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.

Apakah Petanda Migrain?

– Migrain digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
– Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala)
– Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak
– Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi
– Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam
– Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin

Jenis Migrain

Terdapat beberapa jenis migrain yang dilaporkan termasuk;

Migrain dengan aura – migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin menglibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. Aura juga boleh dirasa tanpa sakit kepala. Terdapat beberapa jenis dalam kategori ini termasuk yang diwarisi (familial hemiplegic migraine), migrain sporadic dan migrain basilar yang mana diikuti dengan masalah ketika bercakap, kesukaran berdiri tegang atau terdengar bunyi di dalam telinga
Migrain tanpa aura – migrain jenis biasa tanpa diikuti dengan aura
Migrain retinal – migrain disertai dengan masalah penglihatan

Rawatan Migrain

Tanpa ubat

– Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
– Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging

Ubat

Terdapat 2 kelas ubat termasuk acetaminophen (tylenol) dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs);

Acetaminophen – mengurangkan sakit dan demam dengan menurunkan toleransi kesakitan yang dikawal otak. Acetaminophen boleh menyebabkan masalah hati dengan peningkatan tahap toksik dengan penggunaan terlalu kerap. Acetaminophen juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dengan pengambilan dos yang tinggi
NSAIDs – terdapat 2 jenis yang biasa digunakan termasuk aspirin dan non-aspirin. Jenis non-aspirin termasuk ibuprofen dan naproxen. NSAIDs mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan. Jenis non-steroid ini lebih baik daripada steroid. Penggunaan steroid untuk satu jangka masa yang lama akan membawa kesan yang tidak baik pada badan. Terdapat sedikit perbezaan antara aspirin dan non-aspirin dimana kesan pada platlet darah berbeza. Aspirin mencegah darah daripada membeku (mencairkan darah).

Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan. Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.

Ubat Pencegahan

Terdapat beberapa jenis ubat pencegahan yang digunakan termasuk beta blocker, calcium-channe blocker, tricyclic antidepressant, antiserotonin dan anticonvulsant.

Kenali Pencetus Migrain

Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;

– Tekanan
– Gangguan tidur atau tidur berlebihan
– Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
– Bau yang menusuk
– Merokok
– Alkohol
– Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
– Kafein
– Cahaya terlalu terang

Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?

Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat seperti steronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervical berada di tempat yang salah.

Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;

– Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama
– Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan sebagainya.
– Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh
– Kurangkan tekanan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Migrain

  1. Tahir Berahima says:

    terima kasih Dato..topik yg d tungu2..

    1. topik yg paling lama membaca utk ringkaskan seringkas boleh, perlukan 1 lg entri utk release technique, yg tu kena shoot gambar sendiri.

  2. Betul..! Betul..! aku ada migrain + aura… memderita kalo kene siap keluor muntah ijau lagik, tp semakin dewasa smkn kurang sakitnya & semakin jarang kene…. mana yg x kene tu bersyukurlah.. 🙂

  3. tq dato’ info yg berguna..sblum ni saya mmg selalu Migrain,tp skrg sejak amalkan life style sihat semakin baik..
    sy selalu pening bila terlihat cahaya yg terang..kalau drive mlm sy siapkan spec hitam utk elakkan cahaya terang yg dtg dari hadapan..tambahan pula skrg dah byk kereta yg memakai lampu putih..

    1. lampu putih dah melanggar undang2 di malaysia kalau ikutkan, tp …

  4. menarik.. saya kerap dapat migrain punca utama ..lambat makan …bila dh dtg tu perghh nk tido pon payah serba x kena.. 10q dato..nice info..

    setengah org ckp kalo nk hilang migrain kene buat pusing badan .. maksud saya kepala di bawah kaki di atas ( posisi terbalik ) untuk darah jalan lancar dari kepala….any komen dato..

    1. mengurangkan sakit kepala disebabkan kekurangan oksigen ke otak, mungkin, tp dlm kes inflamation, mungkin x brapa membantu, ada setengah org mungkin dpt kesan, tp kebanyakan kes, berehat lebih membantu

  5. info yg bagus dato’, sy salah seorg mengalami masalah penyakit ini…

  6. syauki afandi says:

    Salam Dato,
    Akhirnya, tq2….

  7. sharizaini says:

    Salam Dato’, Allah ja yg tau dgn sakit migrain ni…. serba x kena dibuatnya…. Sakit yg paling teruk dlm hidup rasanya….

    1. btol kte sharizaini hanya Allah yg tau…Kdang2 nk buat aktviti harian pn x bleh…

  8. asm dato’, boleh saya tahu tahap migrain yg kronik..dr ada menerangkan akan terjadi renjatan pd urat migrain jika kronik..betul ke?ianya juga akan melibatkan urat di dalam kepala..adakah ini bahaya?

    1. wslm. migrain diklasifik kan sbagai kronik ni bila terjadi lebih daripada 15 hari dlm sebulan. setiap kali jd lebih dari 4 jam.ada byk kemungkinan yg jd pencetus kronik ni. elok jumpa specialist. mungkin dah melibatkan pulling kat c1, c2 atau pelbagai lg kemungkinan

      1. boleh terangkan pulling C1, C2 tu apa yer..hehehe..jadi..boleh ka menjadi kematian sel otak?atau lama kelamaan kematian otak?

        1. tarikan pada tulang belakang yg atas, dekat dgn otak. kematian mungkin jika ada mana2 side yg paralyze. x pernah lg terbaca ada kes begitu

          1. oic…biasanya akan mengambil masa yang berapa lama untuk paralyze tu ye? adakah time masa renjatan urat sarat tu ke atau ambil masa berbulan2? apakah simpton2 paralyze? saya ada cari artikel mengenai nye tapi tak ada la..terima kasih

          2. xde sbb belum ada kes. cuma possibility jika terjadi. renjatan tu kerap sgt ke?

  9. yeke..xde kerap pun..just 1 kali jer..pastu dr kata ramai yg jadi camtu,dan xde apa yang buruk berlaku…jgn stress sgt…itu aje pesanan dr..urat saraf migrain tu di belakang tengkuk kita…kekadang salah urat di situ dan itu yang melibatkan urat saraf ke otak..apapun dr tu kata kalau selagi kita tak pengsan @ muntah sewaktu kejadian renjatan tu, it’s normal..yang penting jangan terterlalu stress..saya mengalami stress yang lama selepas keguguran kembar 2 bulan lepas..sekarang, saya boleh menerima hakikat ‘kehilangan’ itu, dan stress saya semakin berkurangan..apapun terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan saya..
    terima kasih..

  10. Insyallah…bio velocity sleep mate bleh mbantu masalah migrain…

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: