Minda vs Badan Sep01

Kongsi

Minda vs Badan

“Mind Over Body”

Saya rasa, kita sedia maklum, otak merupakan organ yang sangat hebat, tapi berapa ramai daripada kita tahu, kapisiti minda kita dan apa kita boleh buat apabila otak kita dilatih. Ya, otak kita boleh dilatih.

Kekuatan Minda

Terdapat banyak kajian di bawah neurosains berkenaan otak. Dalam latihan bebanan, ada kajian menunjukkan sebenarnya badan kita tak tahu berapa bebanan yang diangkat. Dalam 1 kajian, beban diangkat ditutup dan sekumpulan peserta ini diarahkan mengangkat dengan diberitahu beban berlainan. Apabila minda kita percaya beban yang diangkat seberat itu, badan akan bekerja sebanyak itu. Kajian menunjukkan, peserta yang mengangkat itu mengikut beban yang dipercayai diangkat.

Ada sesetengah trainer menggunakan kaedah menipukan client-nya dengan mengatakan ianya beban yang lebih ringan. Sebagai contoh, beban diangkat 100kg, tetapi menipu client-nya dengan mengatakan 80kg supaya dia boleh mengangkatnya. Ia boleh berjaya, akan tetapi kerja yang dilakukan adalah kerja 80kg. Pada saya, elok dilakukan sebaliknya, beban 80kg, tapi bagitau 100kg. Dia boleh angkat, tapi dia percaya dia dah buat 100kg. Akan datang dia cuba bebanan 100kg, tanpa ragu dia akan mengangkatnya disebabkan kepercayaannya.

Terdapat banyak kajian berkaitan latihan untuk otak. Ada kajian mengatakan, meditasi merupakan latihan berkesan untuk kesihatan fizikal dan mental otak. Ia membantu menurunkan tekanan dan keresahan untuk meningkatkan sistem imunisasi. Kajian demi kajian dijalankan pada sami-sami yang hidupnya bermeditasi. Tak kurang juga kajian dalam Islam cuma kurang direkodkan. Kesimpulan pendek disini, mereka yang bermeditasi dan terlibat dalam aktiviti kerohanian menunjukkan, mereka telah menghidupkan otak-otak mereka. Sel-sel otak lebih berfungsi berbanding orang biasa. Terdapat pelbagai lagi latihan untuk otak yang saya akan cuba kongsikan dalam entri-entri akan datang. Cuma saya nak kaitkan dengan mengangkat bebanan di gim dahulu.

NASC 2015

Bagaimana aplikasinya di gim?

Percaya – Sebelum mengangkat bebanan yang disasarkan, anda kena percaya anda boleh angkat. Ramai daripada kita, apabila nampak bebanan yang lebih, terus kata, “susahlah”, “tak boleh”, dan sebagainya.
Fokus – Fokus pada apa yang ingin diangkat. Elakkan diri daripada tekanan dan kemurungan sebelum mula mengangkat. Jangan fikir masalah-masalah di luar. Antara kaedah boleh dipakai, adalah merenung besi tersebut sekitar 10 minit sehingga terasa menjadi sebahagian daripada diri. Jika perlukan bantuan musik, cari yang bersesuai. Saya lebih suka keadaan sunyi sepi. Jika perlu pom-pom girl, cari yang comel-comel.
Bayangkan – Cuba bayangkan anda berjaya mengangkatnya. Kalau sebelum pertandingan bola sepak, kebiasaanya, akan ada sesi kelas membayangkan ini. Membayangkan diri berjaya menjaringkan gol. Membayangkan pasukan dah menang. Begitu juga dalam angkatan di gim. Bayangkan berjaya angkat. Mungkin boleh bayangkan diri seperti King Kong yang mengamuk mengangkat bebanan.
Angkat – Lakukannya.

Ia nampak mudah, akan tetapi jika dilakukan dengan baik, dapat meningkatkan prestasi mungkin berganda lebih baik. Kadang kala, ia tidak semudah yang dirancang. Ada beberapa makanan yang boleh ditambah dalam diet untuk meningkatkan keupayaan fokus.

Jangan Set Limit

1. Makan makanan yang tinggi vitamin E seperti biji sunflower. Makanan tinggi vitamin E mengurangkan risiko kerosakan kognitif.
2. Makan makanan tinggi omega-3 seperti sardin dalam tin, salmon dan sebagainya. Ia membantu neurotansmitter seperti serotonin dan dopamine untuk berfungsi lebih baik dalam mengawal mood.
3. Telur terutama kuning disebabkan kandungan choline. Ia pencetus kepada acetylcholine, neurotransmitter yang terlibat dalam kognitif dan memori.
4. Walnut. Ia membantu meningkatkan kekuatan otak dan memori. Kajian dalam “Metabolism Clinical and Experimental” menunjukkan lelaki dewasa yang mengamalkan pengambilan kacang walnut menunjukkan pengurangan paras kolesterol dan menurunkan risiko sakit jantung.
5. Daging merah tinggi zat besi. Ia membantu membawa oksigen ke seluruh badan termasuk otak. Otak memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Kebiasaannya, perempuan ada masalah dengan zat besi disebabkan kitar haidnya setiap bulan. Daging merah juga merupakan sumber creatine yang membantu dalam mengangkat berat.

Artikel Luar
http://www.huffingtonpost.com/2013/08/05/how-you-can-train-your-mi_n_3688660.html

Jangan Biarkan Badan Mengawal Minda

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini