Minum Air Menyebabkan Kematian

Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Kursus Kecergasan 2024

Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.

Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan?

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggil glomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.

Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

24 thoughts on “Minum Air Menyebabkan Kematian

  1. erk. baru je cite psl pgmbln air n ari ni dpt info ni. tqvm for the info! sgt berguna 🙂 rasa takot pon ade psl tnda2 krg elektrolit tu. hurm..

  2. ermmm..mcm mn nie…bnyk yg sarakan mnm air kosong tetapi tetiba plak klu terlebih bw penyakit..pening nie…

    1. benda baik kalau berlebihan pun x elok. cam bersenam, kalau berlebihan pun bahaya. 🙂

  3. fazli rozi says:

    tp sy amik ubat supplement so kena minum air masak byk2..lau tak minum leh hidrat huhu

    1. tujuan saya tulis ni bukan suruh stop minum.
      minum la berpatutan dgn aktiviti, atau kalau guna supplement yg menyebabkan dehidrasi, lebihkan sikit. 😀

  4. simplebody says:

    Alamak….sbb ambil makanan gntian.kena minum air byk…tp tersiksa sgt nk hbskan.cmne ni ek?

  5. Smlm saya puasa, time buka puasa tu minum air sampai satu liter, terus muntah2 ng saket kepale sampai pengsan. Apa yg perlu saya buat?

    1. kenapa perlu minum byk begitu pada suatu masa? kalau masa pengsan, tak dpt buat apa, rehat.

  6. Normal ke kalau lepas minum air kosong, 15-20minit lepas tu terus rasa nak kencing. Pastu rasa macam setiap air yg diminum tadi keluar balik semula sebab kencing banyak sangat keluar.

    1. tak normal. takut badan tak serap air. tapi boleh jadi takde masalah. mungkin dah lebih air dlm badan.

    2. saya pon minum air dlm 2.7 liter sehari sebab makan vit c & e.
      tapi lepas 15-20min mesti ke tasdas..

  7. Apa jadi jika minum air 10-11 liter sehari?
    Di katakan tujuan minum air yang banyak untuk turunkan berat badan yang berlebihan.
    Ada pendapat kata minum 7-8 liter akan maintain berat badan tapi dengan diet yang betul
    Pendapat tuan?

  8. jadi. dalam masa sehari berapa banyak air je kita perlu minum? saya baru tahu pasal ini

  9. saya ada join cabran hilang lemak.. coach ckp nak hilangkan lemak kena bykkan minum air masak dan jaga makan.. shari saya minum 7-8l sehari.. ?

Leave a Reply to The Perfect Muslim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: