Minyak Terbaik Untuk Masak? Sep22

Kongsi

Minyak Terbaik Untuk Masak?

Minyak mana yang terbaik digunakan semasa memasak? Sememangnya lebih baik tanpa minyak, tapi ada ada kalanya mungkin nak rasa kelainan dalam masakan, mungkin pada menu tipu, atau ketika membesarkan badan.

NASC 2015


Bila bercerita pasal minyak, terlalu banyak debat yang masing-masing mengatakan minyak mereka baik. Amerika akan kata minyak soya terbaik kerana mereka mengeluarkan minyak soya, Malaysia akan kata minyak sawit terbaik kerana Malaysia pengeluaran minyak sawit dan begitu juga seterusnya. Jadi jika mencari di google, terdapat pelbagai versi cerita pasal minyak.

Minyak sayuran akan berubah strukturnya apabila dimasak apabila melalui proses hydrogeneted atau separa hydrogeneted, menjadi dalam bentuk lemak trans. Ada beberapa kajian mungkin kontra tetapi majoriti kajian menyokong. Tahukah anda pada asalnya, minyak tumbuhan tiada kolesterol? Jadi jangan terpengaruh dengan iklan pada botol minyak masak yang tulis, ‘tanpa kolesterol’.

Minyak zaitun mempunyai komposisi lemak yang paling rendah jika dibandingkan tetapi mempunyai tahap didih yang paling rendah juga iaitu pada 190C/375F. Manakala minyak canola juga memiliki komposisi lemak yang baik, lebih sedikit daripada minyak zaitun dan tahap didih yang lebih tinggi. Komposisi lemak tepu di dalam kedua-dua minyak ini sekitar 4%. Disebabkan tahap didih minyak zaitun yang rendah, ia juga cepat hydrogeneted dan sama sekali tidak sesuai untuk masakan goreng (deep fry) seperti masak ayam goreng, tetapi masih boleh digunakan untuk masakan ringkas. Manakala minyak canola masih boleh digunakan untuk masakan goreng (deep fry) dan apa jenis masakan. Lebih ‘virgin‘ minyak zaitun, lebih tidak sesuai digunakan dalam masakan.

Seeloknya contohi kebanyakan masakan perancis yang mana meletakkan minyak zaitun sebagai dressing selepas masakan siap dimasak. Perlu diingatkan, lemak tetap lemak. Walaupun mengambil lemak yang baik, jangan berlebihan. 1 gram lemak bersamaan 9 kalori. Jika berlebihan dalam badan, akan disimpan sebagai lemak juga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini