Mitos May12

Kongsi

Mitos

Setiap hari saya masih berdepan dengan mereka yang bertanya atau bercerita benda sama. Masih banyak mitos berlegar di sekitar kita yang jadi kepercayaan sehingga menimbulkan salah faham.

Kursus Kecergasan 2017

Mitos 1: Saya perlu latihan untuk bahagian bawah perut (lower abs) lebih.

Pertama sekali, dalam anatomi tiada istilah ‘lower abs‘. Istilah ‘lower abs‘ di perkenalkan dan dipopularkan oleh majalah untuk melakukan majalah-majalah tersebut. Sebenarnya otot perut adalah satu otot yang panjang, disebut rektus abdominis yang memanjang dari bawah dada ke pinggul anda. Untuk mengerjakan otot perut anda, anda perlu melakukan latihan yang menyasarkan semua empat otot pada rektus abdominis, obliques dalaman, obliques luaran dan abdominis melintang. Latihan yang kononnya menyasarkan ‘lower abs‘ sebenarnya hanya melakukan gerakan itu dari bawah, tetapi otot sasaran tetap sama iaitu rektus abdominis.

Kedua, melakukkan sit-up tidak akan membantu anda mendapatkan 6 ketul di perut jika anda mempunyai lapisan lemak yang masih tebal di perut. Jadi janganlah menumpukan buat sit-up pada peringkat awal diet. Anda harus mengurangkan lemak dahulu dengan diet yang baik. Daripada melakukkan sit-up, elok lagi lakukan plank.

Arnold yang popular dengan pepatah 'no pain no gain'

Mitos 2: Jika tidak sakit, maka tidak cukup latihan.

Jika dahulu, zaman Arnold Scwarchzenegger, popular dengan pepatah, ‘no pain no gain‘. Adakah ayat itu masih releven dan boleh dipakai? Sakit membawa banyak maksud. Maksud yang jelas, tidak cukup pemulihan. Ada kemungkinan tidak cukup nutrisi yang diperlukan untuk proses pemulihan itu, mungkin kekurangan protein atau lain-lain. Sakit juga mungkin disebabkan kesilapan teknik latihan. Sakit disebabkan latihan juga boleh dikurangkan dengan aktiviti regangan. Tetapi jika sakit melebihi 5 hari, ada kemungkinan berlaku kecederaan. Seeloknya dapatkan pandangan pakar.

Mitos 3: Latihan lebih lagi baik.

Ramai yang beranggapan, lebih lama dia berlatih, lebih cepat nampak hasil. Sehingga ada yang sanggup berlatih 5 hingga 10 jam sehari. Joging sahaja berjam-jam. Adakah latihan yang lebih betul-betul mendatangkan hasil? Dalam entri-entri saya sebelum ini, saya selalu kata, biar latihan kualiti, bukan kuantiti. Berlatih 30 hingga 40 minit sehari dengan sistem latihan yang betul dah memadai jika hendak dibandingkan dengan 5 hingga 10 jam. Berlatih setiap hari tidak semestinya baik juga. Kalau dulu dalam kelas, kita diajar, ‘study smart, not study hard‘. Begitu juga dalam latihan, ‘train smart, not train hard‘.

 

Nikmati latihan yang berkualiti

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube