Motivasi dan Demotivasi May14

Kongsi

Motivasi dan Demotivasi

Beberapa hari lepas, saya ada ajukan persoalan di beberapa kumpulan di facebook, di forum-forum. Soalannya berbunyi, ‘Apa yang memotivasikan anda untuk terus bersenam dan apa yang membantutkan niat tersebut?’ Pelbagai jawapan diterima.


NASC 2015

Motivasi

1. Untuk memakai baju kebaya saiz S, atau pakai kembali baju-baju lama yang dah berabad simpan dalam almari
2. Jeles dengan orang sekeliling yang bergaya sakan dengan bentuk badan yang menarik
3. Taknak mewarisi penyakit keturunan
4. Ingin kelihatan menarik supaya boleh menarik pasangan. Selama ini tiada orang minat
5. Nak bawa motor besar, jadi berminat untuk besarkan lengan
6. Asyik kena kutuk, orang mengata gemok
7. Berminat menyertai sukan, samada sukan kompetatif, bina badan dan sebagainya
8. Jaga market dan harga diri
9. Atas nasihat doktor
10. Tiada aktiviti lain, jadi isi masa lapang dengan riadah

Demotivasi

1. Tiada sokongan orang disekeliling termasuk ahli keluarga, kawan-kawan dan sebagainya
2. Kos terlalu tinggi
3. Tidak tahu cara untuk mencapai sasaran
4. Malas dan sentiasa cipta alasan
5. Leceh nak jaga makan, makan dekat luar
6. Tiada disiplin
7. Hangat-hangat tahi ayam
8. Tak boleh tahan nafsu makan
9. Dah cuba macam-macam cara tetapi tidak berkesan
10. Sibuk dengan aktiviti harian

Apa pula kata anda? Apa yang memotivasikan anda untuk terus bersenam dan berusaha mencapai matlamat? dan apakah cabaran setiap kali sedang berusaha?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini