Mr Gym 1 Malaysia

Semua dijemput hadir memberi sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding pada pertandingan Mr Gym 1 Malaysia pada 31 Disember 2011 di South City Plaza, Balakong. Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kursus Kecergasan 2024Tahniah kepada Tuan Syed Mashor Wan Mahbar yang telah berusaha menganjurkan pertandingan bina badan Mr Gym 1 Malaysia 2011. Pertandingan ini telah diura-urakan awal dan promosi telah dibuat di laman-laman sosial, akhbar, radio SuriaFM dan sebagainya. Tahniah kepada Tuan Syed Mashor.

Saya dapat lihat penganjuran yang lebih baik daripada Mr Pasar Malam di Joker Street sebelum ini sehingga digelar pentas lawak bina badan dunia. Juga pertandingan-pertandingan lain yang mana, esok pertandingan pun masih ramai yang tak tahu menahu disebabkan kurangnya promosi. Mungkin disebabkan barisan AJK yang dah agak ‘berumur’ yang masih menggunakan burung merpati dan surat di dalam botol untuk menyampaikan mesej.

Juara bertahan tahun lepas, Syukri tidak bertanding. Saya tidak mendapat info penuh, siapa yang akan bertanding. Saya menjangkakan Juara Mr Belia, Ragu Nathan akan bertanding. Kebanyakan yang dihubungi mengatakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersedia. Adakah pertandingan kali ini akan menyaksikan banyak muka baru?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Mr Gym 1 Malaysia

  1. muscular-girl says:

    nak pergi tgk badang katang2. 😀

    1. haii..nak tanye..kalau baru first time nak cuba vitamin..produk mana yang sesuai?

      1. vitamin? apa kena dgn tajuk? pelik
        amik multivitamin biasa dulu. tgk apa yg sesuai dengan budject.
        jika ada budject lebih, baru fikirkan tambahan seperti vitamin c, b complex, vit e

  2. mane gambar pemenang2 dato?

Leave a Reply to ayie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: