Mr Kuala Lumpur 2011 May22

Kongsi

Mr Kuala Lumpur 2011

Semua dijemput, samada penonton atau peserta ke Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Mr Kuala Lumpur 2011 yang akan diadakan pada 29 Mei 2011, hari Ahad bertempat di Arena Sukan Tertutup MOM, Tingkat 3, Kompleks Sukan Tertutup MOM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, bersebelahan SRJK (C) Jalan Devidson & YWCA, jalan yang sama dengan Stadium Negara. Pendaftaran atlet bermula jam 8 pagi hingga 11.45 pagi. Pertandingan bermula jam 1 petang hingga 6 petang.


Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur dianjurkan oleh Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur. Seperti yang diketahui semua, pertandingan Mr Kuala Lumpur adalah antara pertandingan paling berprestij dalam sukan bina badan di Malaysia.


ZK Dinamik Sdn Bhd merupakan salah satu penaja untuk kejohanan ini. Jumpa anda di sana.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube