Mr Malaysia 2011
Semua dijemput ke Kejohanan Bina Badan Kebangsaan atau Mr Malaysia 2011 yang akan diadakan di Dewan Intan Jubli, Muar, Johor pada 22 hingga 24 Julai 2011.
Saya berharap kejohanan kali ini akan diadili dengan adil. Saya rasa ramai tahu kes-kes ketidakadilan Persekutuan Bina Badan Malaysia tahun lepas dimana keputusan kejohanan diubah, yang mana menyebabkan kemarahan ramai. Persekutuan Bina Badan Malaysia sepatutnya menjadi badan yang menarik minat orang ramai untuk bertanding, tetapi dengan kes-kes seumpamanya, mungkin menyebabkan ramai kurang berminat.
Tahun ini pula, ‘dengar cerita’ wakil yang akan mewakili Malaysia sudah dipilih sebelum pertandingan peringkat negeri lagi. Jadi apa gunanya pertandingan peringkat negeri dan negara lagi. Elok ditumpukan pada pertandingan yang menawarkan hadiah. ‘Dengar cerita’ juga, yang menjaga anti-doping tahun ini adalah seorang yang terkenal dengan penggunaan dan penjualan steroid. Betul ke? 🙂
Apa-apa pun, selamat bertanding pada atlet yang bertanding.
welcome to muar…….
nnt bleh jmpa otai2
hi dato apa yg blaku thn lepas?
keputusan pertandingan diubah
harap2 tiada lg la kes seperti ini tahun ni
biasa laaaaa siapa ada kuasa boleh tentukan semua
kuasa yg xmau ditukar2. :D.
doping oh doping… badan yg x clean nanti sangkut ler… takut ramai yg chicken run pulakkk… hehehe selamat maju jaya…!!!
😀
dato’ datang x?
tidak
xtau mcm mana promosi penganjur. banner2 pn lmbt gantung dan kurang sgt2. walau pun sye dok n kerja kat muar blh kata x sorang pun rakan sekerja tau ada pertandingan MR MALAYSIA kat dewan jubli intan.
patut la kurang sgt penonton masa pra pengadilan. kebanyakkan penonton dikalangan mereka2 yg pergi ke gym dan ahli keluarga.
mcm mana nak memPERKASAKAN sukan binabadan.
mungkin penonton cuma berminat nak tgk final agak nye.
jom dtg memeriahkan..give ur support