Mr Ronnie Classic 2013 Dec17

Kongsi

Mr Ronnie Classic 2013

Pada 7 Disember 2013, telah berlangsung pertandingan besar di Jakarta, Mr Ronnie Classic 2013. Pertandingan ini telah berlangsung di Ocean Ecopark Convention Center di Ancol, Jakarta, Indonesia. Pertandingan ini merupakan pertandingan yang menawarkan hadiah tertinggi setakat ini di Rantau Asia Tenggara.

Kategori Terbuka Lebih 80 kg menawarkan 10,000 USD tempat pertama. Manakala Kategori lain 3,000 USD. 3 kategori bina badan dipertandingkan dan 2 kategori fitness. Beberapa negara telah mengambil bahagian termasuk Indonesia, Malaysia, Brunei dan Filipina.

Pertandingan ini dibawakan oleh Fitlion, dan DNI. Ditaja oleh jenama, Ronnie Coleman Signature Series, GAT, SD Pharmaceuticals, Pharmafreak, Dymatize dan Flex.

Chapter-444-Putu-Sembah

Keputusan

Kategori Bawah 70kg

1st Zetry Munir – Jakarta
2nd Iwan Samuray – Sumatera Barat
3rd Ade Iman – Jawa Barat
4th Nelson – Philipine
5th Suhaemi Rusta – Malaysia
6th Cornelis Amo – Kalimantan Timur
7th Muhammad Faris – Malaysia
8th Jakawat Intarangsi
9th Wan Md Hazualdi – Malaysia
10th M Sadarius – Kalimantan Timur

Kategori 70-80kg

1st Adya Novali – Bandung
2nd Meni – Semarang
3rd Teuku Ian – Banten
4th Roman V Cortuna – Philipine
5th Abdul Mutholib – Malaysia
6th Sahri – Jakarta
7th Duden Muladi – Sukabumi
8th A.Ghadavi – Jakarta
9th Alex Javier – Philipine
10th Sugeng Purnomo – Jogjakarta

Kategori Atas 80kg

1st Putu Sembah (Jakarta)
2nd Agpoon Arsenior (Philipine)
3rd A Fu (Jakarta)
4th Kumareswarren Ramasamy (Malaysia)
5th Mursal (Banda Aceh)
6th Syed Faisal (Malaysia)
7th Ketut Arnawa (Bangka)
8th Medy Arifin (Balik Papan)
9th Iwan Ame (Bali)

Kategori Men Fitness Bawah 65kg

1st Gerard Kawilarang – Tangerang
2nd Tono Hartono – Bandung
3rd Adi Coorawa – Tangerang
4th Redi – Bandung
5th Stendy Roring – Manado
6th Mohd Razeaf – Malaysia
7th Adye Dottoro – Makassar
8th Ferdy – Jakarta
9th Fandi – Makassar
10th Vicky Arifin – Jakarta

Pertandingan ini mengundang Ronnie  Coleman dan Shawn Rhoden sebagai jemputan VIP. Tahniah kepada pemenang. Semoga pertandingan sebegini dapat ditambah daripada semasa ke semasa. Tahniah kepada penganjur.

Laman Ronnie Classic
http://www.ronnie-classic.com

Kategori 70-80kg

Kategori 70-80kg

Kategori 80kg ke Atas

Kategori 80kg ke Atas

 

Zetri Munir

Zetri Munir

 

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube