Myofascial Release Foam Aug27

Kongsi

Myofascial Release Foam

Foam rolling bergantung kepada teknik yang dikenali sebagai self-myofascial release (SMR). Otot kita mempunyai proprioceptor yang dikenali sebagai golgi tendon organ (GTO). GTO menghalang anda daripada kecederaan dengan menghantar signal untuk menghadkan sesuatu pergerakan seperti dalam regangan. Proses menghadkan sesuatu pergerakan ini dipanggil perencatan autogenik (autogenic inhibition).

Kursus Kecergasan 2017
Tekanan melalui foam rolling akan menyebabkan otot berehat dan GTO tidak bekerja yang mana seterusnya akan membenarkan fleksibiliti atau kelenturan yang lebih. Ia adalah satu teknik regangan selain teknik aktif, pasif, dinamik, PNF dan sebagainya.

Kelebihan Foam Rolling

1. Meningkatkan kelenturan atau jarak pergerakan (range of motion)
2. Mengurangkan ketegangan otot
3. Meningkatkan kecekapan neuromuskular
4. Membetulkan ketidakseimbangan otot

Bagaimana Menggunakan Foam Roller

Sebenarnya caranya agak mudah dengan meletakkan badan di atas foam roller dan menggerakkan badan (mengulingkan badan). Lakukan pada otot sasaran. Saya mencadangkan supaya lakukan selepas latihan sebagai ganti teknik regangan yang biasa. Lakukan sekitar 30-60 saat untuk satu otot sasaran. Jika terdapat lebam atau kecederaan serius, jangan suka-suka lakukannya. Dapatkan nasihat pakar. Saya akan cuba masukkan teknik-teknik menggunakan foam roller pada masa akan datang.

Di Mana dan Apakah Pilihan Foam Roller

Terdapat beberapa pilihan foam roller di pasaran. Setakat hari ini saya tak nampak lagi sesiapa jual foam roller di Malaysia tetapi boleh dibeli secara online atau daripada negara jiran iaitu Singapura. Foam roller dijual berdasarkan kekerasannya. Ada jenis yang lembut, ada yang keras. Pada peringkat awal boleh gunakan yang lembut dan kemudian beralih ke yang lebih keras. Jika tidak ada, boleh gunakan paip PVC. Mudah didapati di kedai hardware. Ambil yang berdiameter sekitar setengah kaki dan panjang 2 kaki. Jika rasa terlalu keras, boleh balut dengan tuala. Jika taknak membeli, guna botol sheildtox pun boleh. :)

(bagi yang baru membaca dan tidak dapat membayangkan bagaimana teknik foam rolling ini, boleh cari video di youtube, saya akan cuba rakam sendiri video ini di masa akan datang)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube